Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Monster (2021) Generasi Baharu Lancar di Thailand, Harga Mula RM55k!
Roda2

Ducati Monster (2021) Generasi Baharu Lancar di Thailand, Harga Mula RM55k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


THAILAND menjadi negara Asean pertama melancarkan generasi baharu Ducati Monster (2021) yang ditawarkan pada harga bermula 449,000 baht (RM55,520).

Roadster baharu itu tidak lagi hadir dengan nama model berserta kapasiti enjin seperti generasi terdahulu, (seperti Monster 821, Monster 797 atau Monster 1200).

BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k
BACA >>> Ducati Monster 1200s Black Edition (2020) dengan Gaya Lebih Agresif

Malaysia khabarnya bakal menjadi pasaran kedua Asean menyambut ketibaan Monster (2021), dijangka pertengahan bulan ini sebelum Vietnam pada akhir tahun 2021.

Sebenarnya, Monster dianggap sebagai penyelamat Ducati sekitar 1990-an. Pengeluar Itali itu juga membuat pelaburan besar untuk model generasi baharu Monster (2021) yang dilancarkan ke pasaran global pada Disember tahun lalu.

Berikut perincian Monster (2021):

Warna dan Harga
  • Merah: 449,000 baht (RM55,520)
  • Kelabu kusam: 453,000 baht (RM56,180)

BACA >>> Ducati Monster 1200s Black Edition (2020) dengan Gaya Lebih Agresif

  • Monster 2021 menggunakan trenkuasa baharu 2-silinder 937cc berkuasa 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.
  • Blok enjin Monster baharu 2.4kg lebih ringan berbanding trenkuasa generasi lama. Menggunakan transmisi baharu jenis klac manual 6-kelajuan dengan sistem Quick Shift dwi-arah.
  • Menampilkan rekabentuk lebih segar dan moden, serta bukan agresif. Sistem lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL), manakala panel meter jenis digital 4.3 inci.
  • Lampu signal dipasang memanjang di sisi, bawah tangki minyak.

BACA >>>> Apa Kata Orang Kuat Ducati Motor Holding Tentang Ducati Malaysia?

  • Menggunakan frem depan aluminium ringan dan subfrem gentian kaca polimer diperkuat. Berat kedua-dua frem sekitar 5kg.
  • Berat kasar 188kg, lebih ringan 18kg daripada Monster 821 lama.
  • Menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm di depan, dan monoshock di belakang. Rim digunakan ialah 17 inci.
  • Bar hendal lebih rapat ke arah penunggang, sekitar 70mm, ini membantu menawarkan posisi tunggangan lebih menegak  yang memudahkan pengemudian.
  • Posisi asal peg kaki diubah, dan pelana penunggang kini lebih tirus. Tinggi pelana standard 820mm, tetapi Ducati ada menawarkan kit untuk merendahkan ketinggian pelana kepada 800mm atau 775mm.
  • Sistem brek menggunakan brek dwi-cakera 320mm dengan kaliper Brembo M4.32 (roda depan) dan brek cakera 245mm dengan kaliper 2-piston (roda belakang).
  • Dilengkapi ciri bantuan tunggangan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TC), Kawalan Anti-Angkat Roda Depan dan Bantuan Brek (BA). Ada tiga mod tunggangan: Sport, Touring dan Urban.

BACA >>> MV Agusta Lancar F3 RR (2022), Ada Pakej Kit Lumba 155hp, Harga Mula RM107k!
BACA >>> MV Agusta Bakal Lancar Brutale 1000 RS (2022), Sepantas 300kmj
BACA >>> Lifan Hunter 125 Jelmaan Ducati Scrambler Icon Kini di Thailand, Harga RM7.2k
BACA >>> GPX Thailand Lancar Demon GR200R dengan Enjin Dipertingkat, Harga RM10.2k!

SUMBER: Zingnews.vn

Ducati Monster Ducati Monster 2021 Ducati Thailand Naza Ducati roadster roda2 streetfighter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    11/05/2026
    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.