Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Hasilkan Motosikal Enjin Silinder Tunggal 659cc?
Auto Terkini

Ducati Hasilkan Motosikal Enjin Silinder Tunggal 659cc?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUCATI mungkin sedang membangunkan suatu model motosikal misteri yang menggunakan trenkuasa silinder tunggal 659cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair.

Maklumat itu ada di dalam fail Nombor Pendaftaran Kenderaan (VIN) yang dihantar kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat tetapi berjaya dikesan portal Motorcycle.com.

Tidak banyak maklumat didedahkan mengenai kandungan dokumen itu melainkan tarikh difailkan iaitu 22 September lalu, bersama-sama barisan trenkuasa dwi-silinder selari, V2 dan V4 Ducati.

Model Asas Baharu?

Tidak mungkin Ducati mendaftar VIN untuk sesuatu model yang tidak wujud. Jadi persoalan sekarang, motosikal apa yang akan menggunakan trenkuasa 659cc itu.

Melihat pada rangkaian produk Ducati, Scrambler mungkin model yang sesuai untuk enjin tersebut. Mungkin akan ada generasi baharu Ducati Scrambler diperkenalkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, Scrambler ditawarkan dengan dua kapasiti trenkuasa iaitu 803cc dan 1100cc. Ducati pernah suatu ketika menawarkan Scrambker Sixty2 berkapasiti 399cc.

Trenkuasa baharu itu, jika dipasang pada Scrambler, mungkin dilihat sebagai mengisi lompong antara 803cc dan 1100cc. Atau juga sebagai pengganti 399cc.

Trend penggunaan enjin satu silinder berkapasiti tinggi bukan pilihan popular rata-rata pengeluar. Bagaimanapun, ada pengeluar sanggup berbuat demikian seperti BSA Motorcycle yang memasang enjin satu silinder 650cc pada model Gold Star baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia

Ducati Pernah Hasilkan Enjin Silinder Tunggal

Ya, Ducati pernah ada model motosikal silinder tunggal antara tahun 1950 dan 1974. Bagaimanapun, model yang dikatakan paling eksotik ialah Ducati Supermono yang dipacu silinder tunggal 550cc antara tahun 1993 dan 1995, cuma 67 unit dihasilkan.

BACA >>> China Jadi Pasaran Pertama Dunia Tawar ‘Ducati Scrambler’ 150cc?
BACA >>> Pecco Pelumba Pertama Ducati Menang Empat GP Berturut-Turut, Quartararo Semakin Dicabar
BACA >>> Ahli Perniagaan Kena Culik Vellfire Putih, Polis Kata Mungkin Ada Masalah Hutang

SUMBER: BikeSocial

autoterkini Ducati 659cc Ducati Supermono roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.