Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati DesertX (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM112,900
Roda2

Ducati DesertX (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM112,900

AryonBy Aryon22/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Malaysia
melancarkan Ducati DesertX (2023) serba baharu yang dikhaskan buat penggemar advencer tulen yang mencari motosikal versatil untuk tunggangan pelbagai kondisi jalan sama ada jalan raya biasa, off-road dan lebuh raya.

Projek Ducati DesertX bermula sejak 2019 selepas Ducati mempamerkan model konsep kepada umum dengan mendapat reaksi positi daripada peminat motosikal sedunia. Respons diterima itu membuatkan Ducati memutuskan merealisasikan konsep Ducati DesertX menjadi motosikal pengeluaran.

BACA >>> Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k
BACA >>> Ducati Perkenal Set Penuh Aksesori Ducati Multistrada V2

Rekabentuk Ducati DesertX mewakili interprestasi kontemporari motosikal enduri 19080-an, dicipta Ducati Centro Stile dengan mengekalkan kriteria kuat dan lasak.

Berikut spesifkasi mengenai Ducati DesertX (2023) serba baharu:

  • Dijana enjin Euro5 Desmodromic 937cc Testastretta 11º penyejukan cecair berkuasa 110hp @ 9,250rpm, dan tork 92Nm @ 6,500rpm.
  • Enjin tersebut mengetengahkan karakter prestasi cemerlang dan reliabel dengan mengambil kira penambahbaikan yang dapat dilihat pada Ducati Monster dan Multistrada V2 menerusi pengurangan 1.7kg berat daripada model terdahulu.
  • Menggunakan frem keluli trellis baharu.
  • Suspensi fork terbalik (USD) 46mm Kayaba dengan travel 230mm di depan, dan monoshock Kayaba dengan travel 220mm di belakang yang efektif untuk kondisi jalan off-road dan jalan raya biasa. Kedua-dua suspensi jenis boleh laras untuk mampatan, lantuan dan prabeban.
  • Monoshock dipadankan swingarm aluminium.
  • Berat kering 202kg, dan jarak tinggi bumi 250mm yang sesuai untuk tunggangan paling ekstrem.
  • Tayar Pirelli Scorpion Rally STR 90/90 R21 (depan), dan 150/70 R18 (belakang).
  • Sistem dwi brek cakera 320mm dengan kaliper radial monoblok 4-piston 30mm Brembo M50 di depan, dan pam paksi (axial) dengan tuil boleh laras.
  • Brek belakang cakera tunggal 265mm dengan kaliper apung 2-piston Brembo.
  • Dilengkapi fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belok (ABS Cornering).

  • Ergonomik pelana, peg kaki dan bar hendal memberikan posisi menunggang secara berdiri terbaik, termasuk keselesaan optimum untuk tunggangan atas jalan raya biasa buat penunggang dan pembonceng.
  • Tinggi pelana 875mm dapat direndahkan menggunakan kit tambahan.
  • Pengurusan haba juga diteliti dengan bukaan aliran udara segar untuk perlindungan aerodinamik menerusi bentuk dan saiz visor angin asal.
  •  Kapasiti tangki minyak 21 liter, dan ada ruang untuk tambahan tangki kedua (8 liter) di belakang yang boleh diakttifkan terus menerusi panel pemuka.
  • Penunggang juga boleh membawa muatan hingga 120 liter dengan tambahan bag dan kotak barang atas.
  • Sistem transmisi memiliki nisbah pendek yang berbeza berbanding Multistrada V2 untuk tunggangan responsif atas jalan raya biasa dan mengujakan untuk prestasi off-road.
  • Anjakan gear pertama dan kedua ditala lebih pendek untuk memudahkan tunggangan dalam halaju rendah di laluan sukar seperti off-road, manakala gear keenam ditala panjang untuk pemanduan lebuh raya dengan mengekalkan rev enjin rendah, sekali gus memberikan penjimatan bahan api dan keselesaan menunggang.
  • Ada enam mod tunggang dengan kombinasi empat mod Power – Full, High, Medium, Low untuk tetapab tahap kuasa dan respons enjin. Ciri baharu dibekalkan ialah mod Enduro dan Rally sebagai tambahan kepada mod Sport, Touring, Urban dan Wet.
  • Mod Enduro membantu penunggang menangani laluan off-road dengan bantuan keselamatan tinggi yang memudahkan penunggang kurang pengalaman berdepan situasi jalan raya mencabar.
  • Mod Rally memberikan kuasa enjin penuh dan mengurangkan kawalan elektronik yang untuk pemandu berpengalaman yang mahu merasai prestasi sebenar Ducati DesertX.
  • Semua mod tunggang diberikan bekerja lancar dengan kawalan elektronik yang ada seperti Kawalan Brek Enjin (EBC), Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC), Anjakan Pantas Ducati (DQS) Atas & Bawah, dan ABS Belok.
  • ABS Belok turut menawarkan pelarasan tinggi dalam tiga tetapan untuk disesuaikan dengan apa saja situasi dan kemahiran penunggang.
  • Bagi mod tunggang untuk off-road (Enduro dan Rally), ABS Belok dapat dinyah aktif menggunakan suis khas.
  • Panel meter resolusi tinggi TFT warna penuh 5 inci mampu memaparkan maklumat jelas walaupun dalam posisi tunggang berdiri, dan disepadukan dengan sistem operasi Ducati Multimedia System dalam dua mod info: Standard dan Rally.
  • Sistem lampu LED penuh, termasuk lampu singa (DRL).

Ducati DesertX (2023) turut didatangkan dengan pilihan aksesori Ducati Performance yang boleh dibeli mengikut cita rasa dan kecenderungan penunggang seperti pelana rali, tangki rizab 8 liter, kotak barang sisi aluminium, kotak barang atas, lampu limpah LED, tongkat tengah dan grip pemanas.

Ekzos Termignoni juga ditawarkan yang melepasi homologasi lumba dengan tambahan kuasa kuda dan tork sebanyak 7 peratus.

Menariknya, Ducati DesertX (2023) dijual pada harga asas RM112,900 dan pemilik turut ditawarkan diskaun 40 peratus untuk pakej aksesori DesertX Bike Accessories Packages, dan 35 peratus pakej pakaian Genuine DesertX Apparel Packages.

Semua model Ducati dan Scrambler Ducati kini boleh dimiliki menerusi pilihan pembiayaan eksklusif Ducati Corse Credit dengan tawaran skim bayar semula fleksibel, kelulusan pantas, kadar faedah serendah 4.88 peratus, dan pilihan pendahuluan 10 peratus.

BACA >>> CEO Ducati: “Memang Rossi Jejaskan Imej Kami”
BACA >>> Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Sempena Menang MotoGP, WorldSBK 2022

adventure Ducati Corse Credit Ducati DesertX (2023) Ducati Malaysia roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.