Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati 1299 Panigale R Final Edition Sempena Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!
Roda2

Ducati 1299 Panigale R Final Edition Sempena Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Abang HirataBy Abang Hirata23/08/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI 1299 Panigale R Final Edition dibikin sebagai penghormatan kepada enjin silinder kembar yang melakar sejarah Ducati dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Lebih penting, Ducati tahu betapa menghasilkan sebuah motosikal edisi khas bukan sekadar menukar set gantian sahaja, tetapi lebih daripada itu.

Bagaimanapun, 1299 Panigale R Final Edition tetap menerima warna khas tiga jalur yang dijadikan tribut kepada enjin silinder kembar yang sudah sampai ke penghujung kitaran produk motosikal berkenaan.

Ducati memilih pusingan kelapan WorldSBK 2017 yang berlangsung di Laguna Seca, California, Amerika Syarikat (AS) untuk debut jentera itu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali sendiri tampil mendedahkan motosikal tersebut bersama dua pelumba Aruba.it Racing-Ducati, Chaz Davies dan Marco Melandri.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S RC – Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

FAKTA DUCATI 1299 PANIGALE R FINAL EDITION

  • Setiap unit motosikal ada nombor siri.
  • Enjin 1299 Final Edition Superquadro silinder kembar patuhi Euro 4.
  • Berkuasa 209hp pada 11,000rpm dengan tork 142Nm (9,000rpm) – diuji berdasarkan  dinamometer mengikut peraturan homologasi.
  • Aci engkol lebih ringan dengan pic engkol lebih besar dan pad pengimbang tungsten.
  • Injap masukan ekzos dan conrod titanium.
  • Casis monokok ultra kompak dibangunkan Ducati Corse berserta kotak udara menyumbang kepada berat kering 168kg, manakala berat basah (kerb), 190kg.
  • Setup casis motosikal supersport sama seperti Panigale R yang menggunakan suspensi mekanikal Öhlins dan condong 24º.
  • Menggunakan set lengkap ekzos titanium Akrapovič  dengan dua peredam (patuh Euro 4), sama seperti Panigale R yang bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
  • Sistem elektronik terdiri daripada Unit Unjuran Inersia (IMU) Bosch dan turut dilengkapi Belokan ABS, Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC EVO), Kawalan Traksi Ducati EVO (DTC EVO) dan Kawalan Brek Enjin (EBC).
  • Semua sistem tersebut mempunyai talaan yang dihubungkan dengan mod tunggangan, iaitu Race, Sport dan Wet yang boleh ditetapkan mengikut pilihan peribadi.

KEJAYAAN ENJIN SILINDER KEMBAR DUCATI

  • Marco Lucchinelli menang pertama kali pada 3 April 1988 dengan Ducati 851 di Donington Park, England.
  • Sehingga kini, Ducati suda memenangi tidak kurang 333 perlumbaan dengan 17 kejuaraan pengeluar dan 14 kejuaraan penunggang.
  • Enjin ini akan digantikan enjin V4 generasi baharu dengan input daripada MotoGP.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

GIMIK KHAS

  • Pasukan Aruba.it Racing-Ducati menggunakan grafik yang sama seperti 1299 Panigale R Final Edition pada motosikal lumba Chaz Davies dan Marco Melandri pada perlumbaan 1 dan 2 WorldSBK di litar Laguna Seca, California, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.
GALERI
Aruba.it Racing–Ducati Chaz Davies Ducati Ducati 1299 Panigale R Final Edition Marco Melandri roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.