• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie

July 31, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA tahu, harga Ducati Panigale V4 S mencecah ratusan ribu ringgit dan tidak semua orang mampu memilikinya. Namun, buat peminat tegar 'Ferrari dua roda' dari Itali itu, Panigale V4 S versi alternatif ini mungkin boleh dijadikan pilihan dan boleh mengubat hati yang kempunan.

Bukan saja lebih murah,  Panigale V4 S edisi kawalan jauh (RC) ini mampu melakukan beberapa aksi menakjubkan seperti mengangkat tayar depan (wheelie), dan mengasah tayar (burnout), termasuk memecut selaju 20kmj! 😱

Panigale V4 S RC ini berukuran skala 1:6, dikeluarkan syarikat mainan dari Kanada, Spin Master Toys pada harga £149.99 (RM754). Mainan kawalan jauh ini juga model RC pertama dunia memiliki teknologi imbangan yang membolehkan ia beraksi wheelie.

BACA >>> Harga Ducati Panigale V4 R Dijangka Cecah 2 Bilion Dong (RM356k) di Vietnam

Lihat video di bawah ini, Panigale V4 S RC ini mampu mengangkat tayar depan tanpa sebarang bantuan roda tambahan dan dikawal sama seperti model Panigale V4 S sebenar menggunakan alat kawalan jauh.

Ini dapat dicapai menerusi penggunaan 12 roda putaran kecil pada bahagian belakang dan dikawal dwi sensor optikal untuk mengekalkan keseimbangan. Model dengan panjang 35sm dan tinggi 26.5sm ini turut  dilengkapi lampu utama LED dan sistem suspensi khas yang berfungsi supaya mampu wheelie dan melakukan aksi lain.

BACA >>> Kyosho Mini-Z Sport - Permainan Kawalan Jauh (RC) untuk Peminat Kereta Sebenar

VIDEO

GALERI

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Ducati, Ducati Panigale V4 (2019), Ducati Panigale V4 S RC, Mainan Kawalan Jauh, miniatur, Model RC, Remote Control (RC), roda2, Spin Master Toys, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
    JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
  • Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
    Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
  • Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
    Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
  • Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera
    Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my