• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Maut Dirempuh Pemandu Triton 'Stoned' Ganja Lawan Arus di Lebuhraya Persekutuan

Dua Maut Dirempuh Pemandu Triton 'Stoned' Ganja Lawan Arus di Lebuhraya Persekutuan

September 12, 2021 By AO Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH trak pikap memandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi berakhir tragis apabila merempuh sebuah kereta hingga menyebabkan pemandu dan penumpangnya maut.

Insiden berlaku di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi apabila sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang wanita bersama penumpang lelaki bertembung dengan trak pikap jenis Mitsubishi Triton yang didapati memandu melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Klang.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1:51 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian, iaitu pada jam 1:58 pagi.

Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa dalam Wira Aeroback itu tersepih dan pasukan bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit, manakala pemandu Triton berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan penumpangnya, Muhammad Hafiz Syamira Dzul Asri, 19, masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.

DISAHKAN POSITIF DADAH

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/09/triton-rempuh-wira.mp4

Dalam perkemabangan terkini, pemandu Triton tersebut disahkan positif dadah jenis ganja. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian disebabkan memandu melulu atau berbahaya. Suspek turut direman enam hari hingga 17 September ini.

Polis turut memintas saksi yang mempunyai maklumat  menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 01131215697.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> #Tular: Pemandu Axia Nekad Lawan Arus Nak Balik Deepavali, Tapi Kemalangan

SUMBER: BHarian |HMetro

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, memandu lawan arus, Mitsubishi Triton Lawan Arus Rempuh Proton Wira, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my