• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Pemandu Axia Nekad Lawan Arus Nak Balik Deepavali, Tapi Kemalangan

#Tular: Pemandu Axia Nekad Lawan Arus Nak Balik Deepavali, Tapi Kemalangan

November 12, 2020 By AO Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN nekad pemandu Perodua Axia yang memandu melawan arus berakhir tragedi apabila kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah Toyota Rush, termasuk sebuah treler di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor pada petang semalam.

Suspek, T Yugeswaran, 34, nekad pulang dari Klang, Selangor ke Bidor kerana mahu menyambut Deepavali pada Sabtu ini. Namun, sebaik saja melihat sekatan jalan raya polis di Plaza Tol Sungkai, dia bertindak memandu melawan arus sejauh 1.4km dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara.

Insiden itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail yang katanya membabitkan tiga kenderaan itu dan berlaku pada jam 6.08 petang semalam.

BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc

Tindakan berbahaya itu menyebabkan kereta suspek bertembung sebuah Rush dipandu di lorong kanan arah utara kerana tidak sempat mengelak hingga  berpusing beberapa kali. Kebetulan ada sebuah lori treler dengan muatan sarung tangan juga gagal mengelak daripada melanggar Axia berkenaan.

Bagaimanapun, Ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan. Suspek Axia kini ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira jam 11 pagi ini dan akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!

axia-lawan-arus-deepavali-1
axia-lawan-arus-deepavali-2
axia-lawan-arus-deepavali-3
axia-lawan-arus-deepavali-4
axia-lawan-arus-deepavali-5
axia-lawan-arus-deepavali-6
axia-lawan-arus-deepavali-7

SUMBER: Bernama

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, deepavali, kemalangan, Kemalangan Deepavali, kemalangan jalan raya, Perodua Axia Lawan Arus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my