Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dua Bulan Koma Dirempuh Pemandu Mabuk, Ibu Lima Anak Akhirnya Pergi Jua…
Auto Terkini

Dua Bulan Koma Dirempuh Pemandu Mabuk, Ibu Lima Anak Akhirnya Pergi Jua…

AryonBy Aryon05/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIHKAH anda ingat lagi kemalangan maut membabitkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal dan dirempuh pemandu mabuk di Pulau Pinang pada 9 Februari lalu? (klik pautan bawah).

BACA >>> Bapa Lima Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Dalam insiden yang berlaku kira-kira dua bulan lalu itu, suami Khairizul Mohamad Noor, 39, maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, parah. Kedua-dua mangsa ketika itu dalam perjalanan di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dekat susur Perai, di Bukit Mertajam.

Berita terbaharu kami terima, isteri mangsa, Zuriana yang juga ibu kepada lima anak , dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya kira-kira jam 1 pagi ini selepas tenat sejak dua hari lalu.

Menurut anak sulungnya, Nur Afni Nirwana, 16, ibunya tidak sedarkan diri sejak kemalangan lalu, tetapi ada menunjukkan respons pergerakan tangan atau kaki apabila dipanggil. Namun, dua hari lalu, dia dimaklumkan ibu saudaranya bahawa ibunya sedang tenat.

Selain Nur Afni kini, empat lagi anak allahyarham ialah Nur Istna Nadira,14 , Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratu Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran, setahun 11 bulan. Kelima-lima mereka kini tinggal bersama datuk dan nenek.

Kami semua rindukan ayah dan mama tapi saya kena kuat demi adik-adik kerana saya tidak mahu mereka nampak saya sedih nanti mereka lagi sedih, kami dah berjanji akan tinggal bersama-sama walau susah atau senang. Alhamdulillah datuk, nenek dan ibu dan bapa saudara semuan baik, mereka banyak bantu kami,” katanya.

Dia juga berharap suspek mabuk yang melanggar motosikal ditunggangi ibu bapanya dalam kemalangan itu menerima hukuman setimpal.

Sementara itu, datuk lima beradik itu, Hasan Ishak, 67, yang berniaga gerai makanan berkata beliau selalu menasihatkan lima cucunya itu supaya sentiasa berdoa dan reda dengan segala yang terjadi.

“Semua lima cucu saya akan jaga walau apa pun terjadi, kalau saya atau isteri meninggal anak-anak saya akan jaga mereka. Saya tidak akan sesekali menyerahkan mereka kepada mana-mana pihak walaupun ada yang menawarkan untuk menjaga mereka,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu selama ini.

BACA >>> Lagi Pemandu Mabuk Langgar Orang Sampai Mati di Pulau Pinang

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Kemalangan Mabuk Bukit Mertajam kemalangan maut Khairizul Mohamad Noor Pemandu Maut Rempuh Penunggang Motosikal
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.