Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»DS Automobiles Bangunkan Teknologi Cegah Gejala Terlelap ketika Memandu
Autotainment

DS Automobiles Bangunkan Teknologi Cegah Gejala Terlelap ketika Memandu

Abang HirataBy Abang Hirata11/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UNDANG-undang keselamatan jalan raya di Eropah memang ketat hingga menjadi rujukan dan standard dunia. Pada 2022, satu lagi peraturan baharu bakal dikuatkuasakan yang mana semua kereta di Kesatuan Eropah (EU) wajib dilengkapi sistem amaran keletihan (fatigue alert system).

Undang-undang itu diluluskan pada awal tahun ini dan penting dalam memelihara keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai. Sejak 2015, ada 4,000 kes kemalangan dan 150 kematian di Britain akibat pemandu keletihan. Walaupun tarikh penguatkuasaan berbaki dua tahun lagi, DS Automobiles (subsidiari PSA Groupe) sudah membangunkan teknologi khas dipanggil Pemantau Perhatian Pemandu DS (DS Driver Attention Monitoring). 

Teknologi itu membantu pemandu sentiasa berwaspada dan mengelak tertidur ketika memandu dengan mengesan sebarang tanda-tanda kepenatan. Ia sebenarnya sudah pun ditawarkan pada model DS 7 Crossback di Britain melalui sepasang unit kamera inframerah yang ditumpukan kepada pemandu dengan mengawasi kedudukan kenderaan secara berterusan.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

BAGAIMANAKAH DS DRIVER ATTENTION MONITORING BERFUNGSI?

  • Dua kamera dipasang menghadap pemandu, satu atas stereng dan satu lagi atas cermin depan.
  • Sistem akan mengawasi tiga tanda utama situasi mengantuk atau hilang tumpuan: pergerakan mata,  kelopak mata atau leher.
  • Jika satu tanda tersebut dikesan, satu amaran audio dibunyikan dan notis amaran muncul pada paparan instrumentasi digital.
  • Pada masa sama, sistem pengawasan kedudukan kenderaan akan sentiasa mengesan pergerakan kereta berdasarkan tanda jalan (road markings) dan memberi peringatan kepada pemandu dengan audio amaran jika terdapat pergerakan stereng secara tiba-tiba atau mengejut.

Gabungan sistem seperti di atas berfungsi sebagai alat bantuan supaya pemandu kembali sedar dan mempunyai kesempatan membetulkan keadaan. Teknologi seumpama itu adalah sebahagian sistem bantuan pemanduan yang semakin banyak digunakan pada kereta moden masa kini.

Selain teknologi itu, sesetengah kenderaan sudah sedia dilengkapi ciri Bantuan Kekal Lorong (LKA) yang berfungsi mengelak kereta tersasar ke laluan sebelah. Ada juga teknologi yang mampu mengaktifkan brek secara automatik walaupun dalam halaju tinggi.

Dalam usaha menjadikan teknologi seumpama itu dapat dinikmati ramai pengguna, Kerajaan perlu memainkan peranan utama menerusi penguatkuasaan undang-undang seperti dilakukan negara-negara dalam EU. Ini secara langsung mampu menurunkan kadar kemalangan.

BACA >>> Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

Driver Attention Monitoring DS DS 7 Crossback DS Automobiles DS Driver Attention Monitoring PSA Groupe Sistem Bantuan Pemandu teknologi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026
    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.