Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan
Auto Terkini

Dovizioso Sah Lumba untuk Petronas Yamaha SRT di Misano, Pelumba Tetap Musim Depan

WahidBy Wahid30/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDREA Dovizioso disahkan menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bermula pusingan di Misano hingga tamat musim ini.

Beliau juga akan menjadi pelumba Petronas Yamaha SRT  musim depan yang akan menjadi pasukan baharu selepas Petronas memutuskan menarik diri sebagai penaja utama. Berita baik itu dimaklumkan Lin Jarvis selaku pengurus pasukan utama Yamaha MotoGP.

Beberapa perubahan juga akan berlaku susulan keputusan tersebut. pelumbaPetronas Yamaha SRT sedia ada, Franco Morbidelli yang sepatutnya mengambil semula pelananya dalam pasukan itu di pusingan Misano akan dipindahkan ke pasukan pengilang, Monster Energy Yamaha MotoGP.

Jarvis berkata, peranan Morbidelli adalah membantu rakan pasukan, Fabio Quartararo untuk merangkul kejuaraan penunggang MotoGP dan membantu Yamaha memenangi kejuaraan kategori pengeluar, selain memastikan pasukan utama menjadi juara pasukan MotoGP. Kekosongan dalam pasukan itu wujud apabila Maverick Vinales ditamatkan kontrak lebih awal.

Dovizioso bakal menemani lawan lama, Valentino Rossi dalam Petronas Yamaha SRT. Apapun, dia perlu menggunakan jentera YZR-M1 Spec-A yang ditunggang Morbidelli, dan bukan jentera ‘factory spec’ (spesifikasi penuh seperti pasukan utama) seperti Rossi.

Bagaimanapun, Dovizioso dikatakan bakal mendapat jentera ‘factory spec’ musim depan.

Dovizioso sebelum ini terkenal dengan julukan ‘Desmo Dovi’ kerana meluangkan kariernya selama lepan tahun di Ducati sejak 2013. Beliau memenangi perlumbaan pertama buat pasukan Ducati pada 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia.

Beliau kemudian memenangi 13 lagi perlumbaan bersama Ducati dan mendapat tempat kedua keseluruhannya tiga kali di belakang Marc Marquez.

BACA >>> Martin: “Marquez Musnahkan Perlumbaan Aku”

Kemenangan terakhir Dovizioso buat Ducati adalah pada musim lalu. Ketika itu, muncul khabar mengatakan persahabatannya dengan Gigi Dall’igna agak tegang. Beliau kemudian memutuskan meninggalkan Ducati untuk musim 2021 dengan menjahitkan perkata tertulis “Unemployed” (menganggur) pada sut lumbanya kerana semua pelana sudah penuh sepanjang 2021.

Beliau kemudian menjadi penunggang uji Aprilia, tetapi pasukan Itali itu pula memutuskan mengambil Vinales.

Kemasukan beliau ke Petronas Yamaha SRT mungkin kerana beliau dikatakan turut membawa bersama penaja WithU dari Itali.. SRT dijangka mengumumkan wajah baharu pasukan itu untuk musim depan di pusingan Misano kelak.

BACA >>> Fernandez Kekal Moto2, Petronas SRT Masih Mencari, Dovizioso ke Aprilia?
BACA >>> Siapa Cakap Dovizioso Masuk Petronas SRT?

Andrea Dovizioso Auto Terkini MotoGP MotoGP 2021 MotoGP 2022 PETRONAS Racing Team (SRT) Petronas Yamaha SRT WithU
Wahid

    Artikel Berkaitan

    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.