Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dokumen ‘Project 1708’ Bocorkan Rahsia Ducati Panigale V4 Superleggera?
Auto Terkini

Dokumen ‘Project 1708’ Bocorkan Rahsia Ducati Panigale V4 Superleggera?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA pelanggan dan peminat Ducati dilaporkan dijemput pengeluar motosikal dari Itali itu untuk mengikuti perkembangan pembangunan ‘Project 1708’ menerusi satu laman web khas.

Beberapa laporan lain mengatakan jemputan itu dibuat menerusi e-mel yang dikirimkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor, Claudio Domenicali dengan menceritakan kehebatan satu model superbike baharu.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

Namun, malang buat Ducati kerana bocor satu dokumen yang memperincikan maklumat Project 1708 seperti harga, spesifikasi dan rancangan pengeluaran model berkenaan. Ada laporan mendakwa model itu ialah Panigale V4 Superleggera.

BACA >>> Spyshot: Ducati Panigale V4 Superleggera Akan Jadi Superbike Pengeluaran Paling Ringan?

Superbike misteri itu dikatakan mampu meledakkan kuasa hingga 224hp @ 15,250rpm dan tork 115.6Nm @ 11,750rpm. Jika dipasangkan sistem ekzos lumba penuh Akrapovic titanium, kuasa yang terhasil mampu ditingkatkan hingga 234hp @ 15,500rpm dan tork 117.7Nm @ 11,750rpm.

Cuma tidak jelas sama ada trenkuasa ‘Project 1708’ akan menggunakan enjin Panigale V4, Panigale V4 S (1,103cc ) atau Panigale V4 R (998cc). Berat motosikal Ducati Project 1708 cuma 152kg, hasil penggunaan material gentian karbon secara ekstensif termasuk rim, swingarm, frem dan subfrem belakang.

Ini termasuk material titanium yang turut digunakan dalam pembuatan komponen seperti skru dan nat (termasuk aluminium), aci sesondol (camshaft) dan spring absorber belakang Ohlins TTX36. Fork depan daripada Ohlins NPX 25/30. Transmisi klac kering turut membantu meringankan berat keseluruhan superbike tersebut.

BACA >>> Lenovo Ducati 5 – Komputer Riba Edisi Terhad untuk Peminat Ducati

Dokumen bocor berkenaan juga mendedahkan Project 1708 dipasangkan winglet, tayar Pirelli dan seragam seperti Ducati Desmosedici GP19 (gambar atas) yang menjadi jentera Ducati Team dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2019.

Pengeluaran Ducati Project 1708 dijadualkan bermula April ini yang mana lima unit model akan dibina dalam tempoh sehari. Proses penghantaran kepada pelanggan pula bermula Mei akan datang, manakala harga untuk pasaran Amerika Syarikat ialah AS$100,000 (RM407,790).

SUMBER: GPOne | AsphaltandRubber | RoadRacing | VisorDown

Auto Terkini Claudio Domenicali Ducati Ducati Project 1708 Panigale V4 Superleggera roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 21/01/2020 20:17

      Tidak ada guna nya jika jentera terlalu berkuasa untuk ditunggang atas jalan raya umum, mungkinkah model ini bakal menjadi model khusus litar lumba?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.