Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Diskaun Saman 70 Peratus Pacu Kutipan RM19.5j di Selangor
Auto Terkini

Diskaun Saman 70 Peratus Pacu Kutipan RM19.5j di Selangor

SyafieBy Syafie31/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor merekodkan sebanyak 258,345 penyelesaian saman trafik dengan nilai kutipan keseluruhan mencecah RM19.5 juta sepanjang dua bulan pelaksanaan Program Pengurangan Saman PDRM 70 peratus yang bermula 1 November lalu hingga semalam.

Saman POL 257 Catat Kutipan Tertinggi

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, jumlah tersebut merangkumi 125,759 saman POL 257 dengan kutipan RM11,491,650, serta 132,586 saman POL 170A bernilai RM8,019,700.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mencatatkan kutipan tertinggi iaitu RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya sebanyak RM2.1 juta dan IPD Kajang dengan RM1.7 juta.

E-Pembayaran Semakin Diterima Masyarakat

Datuk Shazeli berkata, PDRM Selangor turut melihat trend positif apabila penggunaan teknologi digital semakin diterima masyarakat dalam urusan pembayaran saman.

Walaupun pembayaran secara tunai masih mencatatkan jumlah tinggi iaitu RM10,059,470, kaedah e-pembayaranmenunjukkan angka yang sangat signifikan dengan kutipan RM9,451,880,” katanya.

Beliau menegaskan, perkembangan itu membuktikan masyarakat kini lebih cenderung kepada urusan yang pantas, mudah dan efisien, selari dengan agenda transformasi digital negara.

Tingkat Kesedaran dan Pematuhan Undang-Undang

Dalam pada itu, Datuk Shazeli merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas komitmen menjelaskan tunggakan saman masing-masing sepanjang tempoh inisiatif berkenaan.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap kesedaran serta pematuhan undang-undang jalan raya, demi kesejahteraan semua pengguna di Selangor,” katanya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini diskaun saman 70 peratus Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.