Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Debut WorldSBK, Takumi Takahashi Raih Mata Pertama untuk Red Bull Honda
Roda2

Debut WorldSBK, Takumi Takahashi Raih Mata Pertama untuk Red Bull Honda

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUJUNG minggu lalu baru saja berlangsung siri Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) FIM 2017 di Portugal yang menyaksikan pasukan Red Bull Honda World Superbike menampilkan seorang lagi pelumba baharu selepas menggunakan khidmat dua pelumba sementara sebelum ini, iaitu Takumi Takahashi.

Sebelum ini pasukan Red Bull Honda masih belum dapat mengisi kekosongan ditinggalkan Nicky Hayden yang maut akibat kemalangan basikal beberapa bulan lalu.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

Takumi, 27, menyertai perlumbaan di Portimão’s Autodromo do Algarve itu bersama pelumba tetap pasukannya itu, Stefan Bradl. Pemilihan Takumi dilihat tepat memandangkan pelumba dari Jepun itu nyata cemerlang dalam dua perlumbaan di litar itu yang berjarak 4.592km itu.

Pada perlumbaan pertama, Bradl memulakan perlumbaan di petak ke-8 dengan baik hingga berada di tempat keenam sebelum ketinggalan satu tempat selepas mengambil selekoh dengan ruang  agak besar. Malangnya, ketika menghampiri pusingan ketiga, dia melambung jatuh hingga menyebabkan jenteranya rosak, sekali gus gagal meneruskan perlumbaan.

CBR1000RR SP2 JADI TARUHAN

Debut pertama Takumi itu bermula di petak ke-19 dengan menunggang jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2. Tunggangan konsisten ditunjukkan sejak awal perlumbaan membantu dia mengekalkan rentak pecutan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 yang membolehkannya memungut mata pertama.

Takumi juga cemerlang dalam pusingan kedua dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10. Menariknya, dia memulakan perlumbaan di petak ke-18. Ketika separuh pertama perlumbaan, Takumi berjaya mengejar lawan lain hingga membolot tempat ke-11 dan terus maju ke hadapan hingga melepasi kibaran bendera penamat di kedudukan ke-10.

BACA >>> Red Bull Honda Masih Lagi Hambar di WorldSBK, Gagne Buat Debut di AS

Takumi kini mempunyai bekalan 6 mata, dan akan terus berlumba bersama pasukan Red Bull Honda di Perancis beberapa minggu lagi. Bradl pula tidak mengambil bahagian pada perlumbaan kedua akibat kecederaan pergelangan lengan berikutan kemalangan dialaminya dalam perlumbaan pertama, Sabtu lalu.

Sedikit maklumat tentang Takumi, anak muda itu bukanlah calang-calang pelumba jika melihat rekod pencapaian yang diraihnya dalam perlumbaan berikut:

  • Berusia 27 tahun.
  • Penunggang ujian rasmi untuk Honda Racing Corporation (HRC).
  • Juara tiga kali Suzuka 8 Hours dengan jentera Fireblade (2010, 2013, 2014).
  • Juara dua pusingan Kejuaraan Superbike Jepun 2017 dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 – Kini di tempat kedua kejuaraan, lima mata di belakang pendahulu.
Honda Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) Red Bull Honda World Superbike Team roda2 Stefan Bradl Takumi Takahashi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.