Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza
Roda2

Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAYANG Motorcycle (Dayang ๐Ÿ˜‚) di China baru saja melancarkan skuter maksi 300cc, VOREI (V Rui DY300T), muncul ketika pasaran tempatan dikuasai jenama Jepun seperti Kawasaki J300, Yamaha XMAX 300 dan Honda Forza 300 (juga dikenali NSS300 di beberapa pasaran lain).

Selain model Jepun, ada juga banyak skuter tempatan yang saling berebut kedudukan dalam segmen skuter 300cc seperti Zongshen RT3, Taro TR300T, LongJia VMAX 300 dan produk Taiwan seperti SYM dan Kymco.

Bisnes motosikal Dayang bermula pada 2000 dan sepanjang tempoh 20 tahun lalu, pengeluar itu sudah meluaskan perniagaan ke serata China. Perniagaan awal khabarnya terbabit dalam urusniaga jualan kenderaan klon. Selepas semakin maju, VOREI ialah produk buatan syarikat itu. Menariknya, nama V Rui DY300Tย sudah wujud seawal 2000-an lagi.

BACA >>>ย Yadea C1S – Skuter Elektrik Gaya Retro Buatan China Akan Masuk Eropah

VOREI ialah skuter moden dengan lampu utama LED dan enam lampu projektor, manakala lampu signal belok LED dipasangkan pada fairing depan. Panel instrumen menggabungkan meter analog dan skrin warna TFT 5 inci untuk paparan maklumat tunggangan seperti purata penggunaan petrol, jarak perjalanan, indikator amaran dan lain-lain.

Bagi menghadapi saingan segmen skuter 300cc, VOREI didatangkan dengan beberapa ciri istimewa yang tiada pada pesaing, seperti kunci pintar (keyless), suis pemati enjin dan soket kuasa 12V (termasuk penyala rokok) seperti dalam kereta.

Ruang simpanan bawah pelana mampu memuatkan dua helmet, satu muka penuh dan satu lagi helmet separuh muka. Ada juga dua ruang simpanan barang di bahagian pemuka skuter, iaitu bawah bar hendal. Pengadang angin boleh dilaraskan dua tahap mengikut keselesaan penunggang.

Ada juga soket pengecas USB untuk mengecas telefon pintar dan peranti lain, manakala kapasiti tangki minyak 13.5 liter dengan ketinggian pelana 738mm. Skuter maksi ini dipacu enjin silinder tunggal 299cc berkuasa 26.8hp@7,500rpm dan tork 27.7Nm@6,000rpm. Trenkuasa ini menggunakan teknologi sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).

Harga? Sediakan 26,900 yuan (RM15,900) untuk memilikinya.

BACA >>>ย Lifan LF150-T – Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150

GALERI

SUMBER: ChinaMotor | Warungasep

Dayang DY125 Dayang Motorcycle Dayang Motorcycles Dayang VOREI roda2 skuter skuter maksi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Pokli on 23/01/2020 09:25

      Motor ni akan masuk malaysia ke…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.