Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Turun KL Nak ‘Test Motor’, Tapi Kantoi Op Motosikal
Auto Terkini

Turun KL Nak ‘Test Motor’, Tapi Kantoi Op Motosikal

FikriBy Fikri18/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG penunggang muda dari Puchong, Selangor sanggup berseorangan datang ke ibu kota semata-mata mahu menguji top speed motosikal milik pelanggannya, tetapi apakan daya kerana ditahan polis dalam operasi malam semalam (Ahad).

Penunggang dikenali sebagai Aidil, 21, itu bekerja sebagai mekanik, manakala kapcai jenis Yamaha LC 135 ditunggangnya itu pula bulan milik sendiri, tetapi pelanggannya.

Suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi dalam Op Motosikal dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Motosikal ini sudah diubah suai ekzos, brek belakang serta enjin dengan modal kira-kira RM7,000 dan boleh capai kelajuan hingga 200kmj.

“Saya datang Kuala Lumpur untuk ‘uji’ motosikal. Saya rela ditahan, saya sudah hubungi pemiliknya untuk jelaskan kes ini,” kata suspek ketika ditemui di tempat operasi.

Pada masa sama, polis turut mengesan terdapat cubaan ‘bunuh diri’ berikutan ada penunggang cuba melawan arus untuk mengelak daripada ditahan. Operasi tamat jam 5 pagi.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Suprintenden Zulkafli Chek Lah berkata, sebanyak enam sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi itu yang menumpukan lokasi panas seperti Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Azlan Shah yang mana.

Kita juga mendapat aduan dari penduduk sekitar sini mengenai bunyi bising, terutama berdekatan Institut Jantung Negara(IJN) dan sekitarnya.

“Operasi ini bertindak menyita 247 motosikal dan 628 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya cermin sisi, mengubah suai ekzos dan modifikasi brek,” kata Zulkafli.

Siasatan awal polis mendapati penunggang itu terdiri daripada kumpulan kecil yang datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur, terutama dari sekitar Lembah Klang.

 

Mengenai tindakan penunggang melawan arus, polis akan mengesan penunggang terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tindakan mahkamah.

Zulkafli berkata, polis sebelum ini mengesan penunggang tersebut berkumpul seawal jam 10 malam hingga 2 pagi, tetapi selepas menyedari tindakan pihak berkuasa, mereka menukar masa aktif jam 3 pagi.  Pada masa sama, 665 motosikal disita dan 23,081 saman dikeluarkan di tiga lokasi yang terlibat dengan Op Motosikal tersebut.

SUMBER: JSPT KL | Awani| Sinar Harian

Auto Terkini Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) mat rempit op motosikal Operasi Mat Rempit Roadblock Suprintenden Zulkafli Chek Lah
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.