• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Turun KL Nak 'Test Motor', Tapi Kantoi Op Motosikal

Turun KL Nak 'Test Motor', Tapi Kantoi Op Motosikal

December 18, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG penunggang muda dari Puchong, Selangor sanggup berseorangan datang ke ibu kota semata-mata mahu menguji top speed motosikal milik pelanggannya, tetapi apakan daya kerana ditahan polis dalam operasi malam semalam (Ahad).

Penunggang dikenali sebagai Aidil, 21, itu bekerja sebagai mekanik, manakala kapcai jenis Yamaha LC 135 ditunggangnya itu pula bulan milik sendiri, tetapi pelanggannya.

Suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi dalam Op Motosikal dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Motosikal ini sudah diubah suai ekzos, brek belakang serta enjin dengan modal kira-kira RM7,000 dan boleh capai kelajuan hingga 200kmj.

"Saya datang Kuala Lumpur untuk 'uji' motosikal. Saya rela ditahan, saya sudah hubungi pemiliknya untuk jelaskan kes ini," kata suspek ketika ditemui di tempat operasi.

Pada masa sama, polis turut mengesan terdapat cubaan 'bunuh diri' berikutan ada penunggang cuba melawan arus untuk mengelak daripada ditahan. Operasi tamat jam 5 pagi.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Suprintenden Zulkafli Chek Lah berkata, sebanyak enam sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi itu yang menumpukan lokasi panas seperti Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Sultan Azlan Shah yang mana.

Kita juga mendapat aduan dari penduduk sekitar sini mengenai bunyi bising, terutama berdekatan Institut Jantung Negara(IJN) dan sekitarnya.

"Operasi ini bertindak menyita 247 motosikal dan 628 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya cermin sisi, mengubah suai ekzos dan modifikasi brek," kata Zulkafli.

Siasatan awal polis mendapati penunggang itu terdiri daripada kumpulan kecil yang datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur, terutama dari sekitar Lembah Klang.

 

Mengenai tindakan penunggang melawan arus, polis akan mengesan penunggang terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tindakan mahkamah.

Zulkafli berkata, polis sebelum ini mengesan penunggang tersebut berkumpul seawal jam 10 malam hingga 2 pagi, tetapi selepas menyedari tindakan pihak berkuasa, mereka menukar masa aktif jam 3 pagi.  Pada masa sama, 665 motosikal disita dan 23,081 saman dikeluarkan di tiga lokasi yang terlibat dengan Op Motosikal tersebut.

SUMBER: JSPT KL | Awani| Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), mat rempit, op motosikal, Operasi Mat Rempit, Roadblock, Suprintenden Zulkafli Chek Lah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev