Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Daihatsu Move Versi Kemas Kini, Lebih Bergaya Urban (untuk Jepun Sahaja)
Roda4

Daihatsu Move Versi Kemas Kini, Lebih Bergaya Urban (untuk Jepun Sahaja)

Han OthmanBy Han Othman03/08/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA kenit dari Jepun, atau kei car muncul lagi memeriahkan jalan raya Negara Matahari Terbit itu menerusi Daihatsu Move versi dikemas kini untuk 2018.

Kereta kompak berbumbung tinggi itu pertama kali diperkenalkan pada 1995 dengan mendapat sentuhan pereka Itali, Giorgetto Giugiaro. Sejak itu, setiap kali empat tahun, Daihatsu tidak terlepas daripada memperkenalkan versi baharu model tersebut dan kereta dalam artikel ini adalah paling terkini.

Sempena musim 2018, Move baharu kali ini dibina berasaskan model generasi ke-6 yang dirilis pada 2014 dengan menyentuh elemen penggayaan, dalaman dan luaran, termasuk beberapa ciri lain turut dipertingkat.

REKABENTUK LEBIH KARAKTER

Lampu utama LED, gril baharu, karakter bampar depan yang diprofilkan semula, grafik baharu untuk lampu belakang, opsyen rim baharu, ergonomik dalaman dioptimumkan, sistem pembrekan kecemasan kelajuan rendah dengan sensor pengesan pejalan kaki, dan sistem kamera pandang luas.

Semua ciri baharu tersebut dipekkan dalam rekabentuk kereta yang cuma bersaiz 11 kaki panjang dan 4.8 kaki lebar yang tidak seperti kebanyakan Kei car lain yang ditinggikan lebih 5 1/2 kaki. Kereta mini ini mungkin tidak nampak terlalu tinggi, tetapi sebenarnyan sudah sedia tinggi jika dibandingkan lebar kereta sedia ada.

Kuasa dijana enjin 660cc yang boleh didapati dalam versi aspirasi natural (NA) atau pengecas turbo, manakala sistem pacuan ditawarkan dalam opsyen pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD) dengan paduan transmisi variabel berterusan (CVT). Maaf, tiada versi manual untuk Move baharu ini.

Ada pelbagai trim warna boleh dipilih dengan harga bermula ¥1,112,400 (RM43,047).

MASUK MALAYSIA?

Kalangan peminat automotif Malaysia sebelum ini kecoh dengan spekulasi Move yang kononnya akan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Jika benar berlaku, Move akan dipasarkan di bawah label Perodua, tetapi syarikat automobil nasional itu pantas menafikan khabar angin berkenaan.

Move sebelum ini dikenali sebagai Kenari di Malaysia dan mendapat sambutan sederhana baik. Tetapi di pasaran kereta terpakai, Move adalah antara model kereta paling diburu, terutama kalangan peminat kei car yang mahu melakukan modifikasi JDM.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Daihatsu Daihatsu Move Daihatsu Move versi dipertingkat 2018 Kei car Perodua Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.