Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Cupra e-Racer – Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!
Roda4

Cupra e-Racer – Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

Abang HirataBy Abang Hirata11/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI kereta elektrik kini sudah mula dibangunkan untuk sukan permotoran menerusi kejuaraan Perlumbaan Kereta Touring Elektrik (ETCR) yang akan bermula tahun depan.

Jenama terawal yang menyahut cabaran itu dan menyiapkan model lumba ialah Cupra melalui model e-Racer. Sebagai jenama prestasi di bawah Seat, Cupra tampil serius apabila mempertaruhkan Mattias Ekström sebagai pelumba utama.

Ekström ialah pelumba berpengalaman dan pernah menjadi juara dunia Kejuaraan RallyCross Dunia FIA 2016. Beliau juga sudah menguji e-Racer yang kali pertama dipandunya di trek Montmeló, Barcelona, Sepanyol. Sesi tersebut turut digunakan untuk menala dan membuat pelarasan sebelum aksi siri ETCR, tahun depan.

BACA >>> 5 Soal-Jawab Utama Tentang Kereta Elektrik (EV) yang Perlu Anda Tahu

KUASA LUAR BIASA DENGAN BATERI 400KG!

Kuasa e-Racer memang luar biasa. Kuasa kuda dijana motor elektrik adalah setinggi 670hp dengan kelajuan maksimum 270kmj, manakala daya pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat! Prestasi tersebut dicapai dengan beban pek bateri seberat 400kg.

Walaupun sebuah kereta lumba elektrik, penampilan e-Racer sama saja seperti kereta lumba touring lain, cuma lebih senyap tanpa deruman enjin dan ekzos. Menurut Ekström, kereta lumba elektrik itu sangat bagus, terutama sekali ketika kuasa penuh dicapai apabila keluar dari selekoh perlahan.

Beliau mendakwa perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan bunyi enjin yang sangat senyap berbanding kereta lumba dipandunya. Beliau turut perlu memberikan perhatian kepada pengurusan tenaga setiap pusingan yang menjadi ciri penting untuk kereta elektrik, sama penting seperti tahap kelajuan.

TANPA GEAR, TANPA DERUMAN EKZOS

Satu lagi pengalaman dan cabaran terbesar dikongsi Ekström, beliau perlu membiasakan diri memandu tanpa gear dan deruman enjin yang selalu dijadikannya sebagai indikator untuk kereta lumba konvensional.

Nampaknya, memandu kereta lumba elektrik memberikan pengalaman yang langsung berbeza, termasuk dimensi baharu yang menarik untuk dicuba. Berbeza perlumbaan kereta Formula, suasana perlumbaan kereta touring lebih rancak dengan persaingan sengit satu sama lain.

ETCR menawarkan keterujaan yang belum pernah disaksikan lagi.

BACA >>> SEAT Minimó – Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar

FAKTA RINGKAS JENTERA DAN PEMANDU e-RACER

CUPRA e-RACER:

  • Kelajuan maksimum mencecah 270kmj.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat; 0-200kmj sepantas 8.2 saat.
  • Bateri seberat 400kg mempunyai kuasa bersamaan 9,000 bateri telefon pintar yang disambung serentak.
  • Gabungan empat ‘enjin’ boleh mencecah 12,000rpm berbanding 6,500rpm untuk kereta lumba petrol dan cuma ada gear tunggal.
  • Membekalkan 300kW kuasa berterusan dengan kuasa puncak 500kW (670hp)!

MATTIAS EKSTRÖM:        

  • Juara Kejuaraan RallyCross Dunia (World RX) FIA 2016.
  • Juara dua kali Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) sebanyak 25 kali.
  • Pemenang tiga kali Perlumbaan Juara-Juara (ROC).
  • 25 tahun pengalaman dalam go-kart, rali dan perlumbaan touring.

BACA >>> MG Metro 6R4 Group B – Kereta Rali Legenda dengan Perbatuan 11km Ini Mahu Dijual!

GALERI
Auto Terkini CUPRA CUPRA e-Racer Electric Touring Car Racing (ETCR) ETCR EV Kenderaan Elektrik (EV) Mattias Ekström Perlumbaan Kereta Touring Elektrik (ETCR) Seat sukan permotoran
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.