Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cukai Kereta, Motosikal Rekon Naik Bulan Ini? Harga Lebih Mahal RM3k-RM5k?
Auto Terkini

Cukai Kereta, Motosikal Rekon Naik Bulan Ini? Harga Lebih Mahal RM3k-RM5k?

Han OthmanBy Han Othman05/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI desas-desus terbaharu yang kami terima membabitkan industri kenderaan import terpakai, juga dipanggil kereta atau motosikal rekon (recond). Pemegang permit import (AP) khabarnya bakal berdepan risiko gulung tikar disebabkan duti tinggi yang akan dilaksanakan Kerajaan.

Ini diceritakan sendiri satu sumber enggan dikenali yang memang antara pemain langsung dalam industri jual beli kereta import terpakai.

BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak Eksyen Lebih Naa…

Menurut sumber tersebut, caj duti ke atas kenderaan pelbagai guna (MPV) bakal dinaikkan yang secara langsung akan melonjakkan harga kenderaan jenis itu. Ini bermakna, pembeli perlu membayar lebih untuk membeli model sama yang sebelum ini dijual lebih murah. Dalam usaha menangani isu tersebut, pengedar kemungkinan besar terpaksa mengurangkan margin keuntungan untuk mengekalkan harga sama sekiranya jualan didapati merosot.

Caj dikenakan bukan saja melibatkan MPV popular seperti Toyota Vellfire, Alphard dan Wish, tetapi juga jenama motosikal rekon terkenal seperti Harley-Davidson. Kenaikan dikatakan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 dan dijangka bermula bulan ini.

Harga baharu juga menyebabkan pengedar bergelut menghabiskan stok kenderaan lama kerana pembeli dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat, sekali gus menyebabkan kesan rantaian ekonomi. Antaranya, menjejaskan kutipan duti eksais daripada Kastam.

KOMEN KAMI

Sebenarnya agak rasional jika Kerajaan mahu mengutip cukai daripada pemegang AP dan pembeli kenderaan rekon. Ye la, pembeli kereta dan motosikal rekon biasanya terdiri daripada golongan berada berpendapatan mewah. Jarang sekali kita melihat golongan B40 pergi ke bilik pameran AP mahu membeli Toyota Vellfire atau Mercedes AMG.

Cuma isunya, Kerajaan perlu betul-betul mengkaji kadar cukai dikenakan supaya ia tidak menjejaskan industri kenderaan import terpakai itu sendiri. Maknanya, cukai yang mahu dilaksanakan mestilah pada kadar sihat, tidak rendah dan tidak pula terlalu membebankan hingga merugikan peniaga dan membuatkan pembeli mencari alternatif lain yang mungkin menyalahi undang-undang, misalnya beli kereta sambung bayar atau kereta ‘piang’.

BACA >>> Menjawap Persoalan Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?

Ingat, apabila sesuatu cabang industri terjejas, Kerajaan sebenarnya turut kehilangan punca pendapatan kerana tiada kutipan cukai dapat dibuat (kerana kurang pembelian). Malah, pengedar berisiko menutup perniagaan, sekali gus menambah pula masalah pengangguran.

Fikir-fikirkan.

Auto Terkini Duti Eksais Kereta Import Terpakai Kereta Rekon Motosikal Rekon Pengedar Kereta Import Terpakai Permit Import (AP)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.