Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BENDA Napoleon Bob 250 2025 Kini Rasmi di Malaysia, Harga RM20,888
Roda2

BENDA Napoleon Bob 250 2025 Kini Rasmi di Malaysia, Harga RM20,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam31/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BENDA Napolean Bob 250

CRUISER klasik gaya retro, BENDA Napoleon Bob 250 2025 rasmi di pasaran Malaysia yang dilancarkan sempena pembukaan MForce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn Bhd di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Terdahulu, model itu pernah debut ketika pelancaran MForce Best Shop Hoong Fatt Motoworld di Ipoh, tahun lalu.

Harga, Warna Menarik

BENDA Napoleon Bob 250 2025 ditawarkan pada harga RM20,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans yang kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce Bike seluruh negara.

Ada empat warna pilihan ditawarkan untuk pasaran tempatan:

  • Black (hitam)
  • Silver (perak)
  • Green (hijau)
  • Orange (jingga)

Rekabentuk model itu mengetengahkan gaya V-Cruiser klasik yang membangkitkan semangat kebebasan dan nostalgia kepada peminat cruiser gaya unik dan maskulin.

Spesifikasi Enjin, Prestasi

BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250

BENDA Napoleon Bob 250 2025 dikuasakan enjin V-Twin 249cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI). Berikut spesifikasi enjin:

  • Output kuasa 25.5hp @ 9,000rpm, dan tork 25Nm @ 5,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan, dan ciri klac antigelincir ASC
  • Nisbah mampatan 11.8:1, manakala saiz gerek ø53.5mm dan lejang 55.4mm

Cruiser itu sesuai untuk penunggang harian dan tunggangan santai jarak jauh.

Ciri Keselamatan, Teknologi Terkini

BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250

BENDA Napoleon Bob 250 2025 dilengkapi sistem keselamatan dan ciri  moden seperti:

  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang
  • Panel meter LCD
  • Sistem penghidup elektrik
  • Sistem suspensi fork boleh laras di depan, dan dwi-absorber (belakang)

Gabungan semua ciri itu memberikan pengalaman tunggangan yang lebih stabil, responsif dan selesa atas pelbagai permukaan jalan.

Dimensi, Kapasiti Tangki

BENDA Napolean Bob 250

Dari segi saiz, BENDA Napoleon Bob 250 2025 dibina untuk tampil tegap dan rendah yang tipikal untuk motosikal jenis cruiser dengan dimensi panjang 2,320mm, lebar 810mm dan tinggi 1,030mm, menakala jarak roda 1,540mm.

Berikut spesifikasi cruiser tersebut:

  • Berat: 195kg
  • Tinggi pelana: 750mm
  • Jarak tinggi bumi: 123mm
  • Saiz tayar: 130/80-18 (depan), dan 160/70-18 (belakang)
  • Kapasiti tangki peteol: 9.5 liter

Waranti, Servis Selepas Jualan

BENDA Napolean Bob 250

Setiap pembelian BENDA Napoleon Bob 250 2025 disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan. Pembeli juga mendapat akses pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform rasmi MForce Bike.

Kepada peminat motosikal klasik yang mahukan kombinasi gaya retro, teknologi moden, dan harga berpatutan, cruiser tersebut antara pilihan yang sangat menarik dalam segmen.

Jika anda mencari cruiser dengan penampilan berkarisma dan spesifikasi lengkap, BENDA Napoleon Bob 250 2025 wajar dimasukkan dalam senarai pendek!

BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
BENDA Napolean Bob 250
Auto Terkini Benda Motorcycle BENDA Napoleon Bob 250 (2024) cruiser Harga BENDA Napoleon Bob 250 2025 Mforce Bike Holdings Sdn Bhd roda2
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.