Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»CrossHelmet X1 – Helmet Pintar dengan Sudut Pandang 360°, Selamat Tinggal Side Mirror!
Aksesori

CrossHelmet X1 – Helmet Pintar dengan Sudut Pandang 360°, Selamat Tinggal Side Mirror!

ZYBy ZY19/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BORDERLESS Inc yang bertapak di Tokyo, Jepun pastinya tidak dikenali buat masa sekarang, tetapi syarikat itu berazam mengubah tradisi menunggang motosikal menerusi kempen produk Kickstarter helmet canggih, CrossHelmet X1 yang dilancarkan pada pertengahan September lalu.

Mungkin ada yang masih skeptikal dengan konsep Kickstarter, lebih-lebih lagi selepas insiden kegagalan Skully AR1 yang juga projek Kickstarter dengan produk helmet berteknologi kamera pandang belakang. Malah, syarikat itu difailkan bangkrap pada awal tahun ini akibat salah laku pengurusan.

https://ksr-video.imgix.net/projects/1991544/video-798891-h264_high.mp4

Namun, kempen Kickstarter CrossHelmet X1 di bawah pengasasnya Arata Oono nampak lebih meyakinkan. Tidak sampai 3 minggu sejak kempen itu dilancar, sokongan pelaburan terkini mencecah sehingga AS$311,212 (RM1.31 juta), yakni tiga kali ganda jumlah disasarkan – AS$100,000 (RM424,100).

Ditawarkan pada harga AS$1,399 (RM5,933), helmet itu bukanlah dalam kategori barangan murah, ataupun mampu milik bagi kebanyakan penunggang marhaen. Namun, dengan sambutan kempen yang begitu hangat, anda pasti tertanya apakah ciri-ciri ‘killer‘ helmet tersebut hingga mampu menarik minat ramai pelabur awam dalam masa singkat?

1. SUDUT PENGLIHATAN 360°


Berita baik kepada penunggang yang tidak suka menggunakan cermin sisi, CrossHelmet X1 dilengkapi kamera pandang belakang dengan sudut pandangan cukup luas, iaitu 170°. Malah, visor pandangan depan turut diluaskan untuk melenyapkan titik buta.

CrossHelmet X1 menawarkan sudut pandangan 30° berbanding helmet tradisional, sekali gus menjadikan topi keledar itu, secara teori, mampu menawarkan sudut pandangan penuh 360°!

2. SOKONGAN HUD DENGAN PAPARAN MULTI INFORMASI DAN SAMBUNGAN BLUETOOTH


Ciri canggih utama CrossHelmet X1 ialah skrin lutsinar yang boleh dilipat dengan memaparkan kelajuan, kompas arah, cuaca, masa dan navigasi yang boleh diakses pantas. Kini, tumpuan mata anda tidak lagi terganggu setiap kali menunduk kepala untuk melihat panel meter motosikal.

Selain itu CrossHelmet X1 turut menawarkan sambungan Bluetooth kepada telefon pintar menerusi aplikasi khas yang daripada iOS atau Android. Menariknya, aplikasi berkenaan menyediakan sokongan chat berkumpulan Group Talk, berfungsi sebagai platform komunikasi dengan rakan-rakan yang menggunakan helmet tradisional. Asalkan mereka turut ada sambungan Bluetooth.

3. KAWALAN TAPISAN BUNYI PINTAR CROSSSOUND CONTROL


Ucapkan selamat tinggal kepada penutup telinga juga, kerana CrossHelmet X1 menawarkan fungsi tapisan bunyi pintar melalui teknologi CrossSound Control yang siap dipatenkan.

Kelebihan utama teknologi tersebut ialah kemampuan mengawal tahap kelantangan bunyi tertentu, seperti bunyi angin, enjin dan jalan, sebaliknya bunyian penting seperti bunyi brek dan siren ambulan dikuatkan. Ini membolehkan anda menunggang tanpa gangguan bunyi-bunyi yang menjejaskan keselesaan perjalanan, lebih-lebih lagi perjalanan jarak jauh.


BUKAN YANG PERTAMA

Helmet dengan paparan skrin HUD dan tapisan bunyi pintar mungkin tidak asing bagi anda kerana teknologi seumpama itu sudah berada di pasaran menerusi produk seperti NUVIZ HUD untuk gaget paparan HUD, dan SENA Momentum untuk teknologi kawalan tapisan bunyi.

Bezanya, setiap produk itu ditawarkan pada harga AS$699 (RM2,950). Tetapi, pada harga AS$1,399 (RM5,900), yakni cuma dua kali ganda, CrossHelmet X1 mampu menawarkan pakej helmet lengkap yang bukan saja dilengkapi teknologi canggih dimiliki dua helmet tersebut. Malah, helmet itu turut menawarkan gaya futuristik dengan dilengkapi ciri tambahan yang tidak kurang hebat seperti panel sentuhan dan lampu keselamatan.

Tidak sekadar canggih, helmet itu masih tidak mengetepikan ciri asas keselamatan yang mendapat pengesahan badan standard keselamatan seperti DOT,ECE dan JIS. Pereka CrossHelmet X1 turut memberikan jaminan bahawa penggunaan sumber kuasa, bateri litium-seramik sama sekali tidak akan meletup (maaf, pengguna Samsung Galaxy Note 7).

Kempen Kickstarter CrossHelmet X1 masih dibuka hingga 12 Oktober ini. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi di sini. Jika tiada aral melantang, proses pengeluaran akan bermula dalam masa terdekat, dan unit pertama akan dihantar seawal Oktober 2018. Ya, tempoh menunggu SETAHUN, dan kami harap anda dapat bersabar.

GALERI

SUMBER: Kickstarter

aksesori Bluetooth borderless inc crosshelmet crosshelmet x1 crosssound helmet kickstarter motosikal nuviz nuviz hud roda2 sena sena momentum sena momentum inc skull ar-1 skully ar1 smart helmet topi keledar
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

08/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

08/07/2026
Nippon Paint Perkenal AI-PPS
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026

1 Comment

  1. joehaz on 06/10/2017 16:07

    bagusnya helmet ni. betul jugak dia cakap, kalau pakai helmet full face skarang rasa lemas. lagi2 bila tengah panas.

    terbaik.!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.