• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / CrossHelmet X1 - Helmet Pintar dengan Sudut Pandang 360°, Selamat Tinggal Side Mirror!

CrossHelmet X1 - Helmet Pintar dengan Sudut Pandang 360°, Selamat Tinggal Side Mirror!

October 3, 2017 By ZY 2 Comments

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BORDERLESS Inc yang bertapak di Tokyo, Jepun pastinya tidak dikenali buat masa sekarang, tetapi syarikat itu berazam mengubah tradisi menunggang motosikal menerusi kempen produk Kickstarter helmet canggih, CrossHelmet X1 yang dilancarkan pada pertengahan September lalu.

Mungkin ada yang masih skeptikal dengan konsep Kickstarter, lebih-lebih lagi selepas insiden kegagalan Skully AR1 yang juga projek Kickstarter dengan produk helmet berteknologi kamera pandang belakang. Malah, syarikat itu difailkan bangkrap pada awal tahun ini akibat salah laku pengurusan.

https://ksr-video.imgix.net/projects/1991544/video-798891-h264_high.mp4

Namun, kempen Kickstarter CrossHelmet X1 di bawah pengasasnya Arata Oono nampak lebih meyakinkan. Tidak sampai 3 minggu sejak kempen itu dilancar, sokongan pelaburan terkini mencecah sehingga AS$311,212 (RM1.31 juta), yakni tiga kali ganda jumlah disasarkan - AS$100,000 (RM424,100).

Ditawarkan pada harga AS$1,399 (RM5,933), helmet itu bukanlah dalam kategori barangan murah, ataupun mampu milik bagi kebanyakan penunggang marhaen. Namun, dengan sambutan kempen yang begitu hangat, anda pasti tertanya apakah ciri-ciri 'killer' helmet tersebut hingga mampu menarik minat ramai pelabur awam dalam masa singkat?

1. SUDUT PENGLIHATAN 360°


Berita baik kepada penunggang yang tidak suka menggunakan cermin sisi, CrossHelmet X1 dilengkapi kamera pandang belakang dengan sudut pandangan cukup luas, iaitu 170°. Malah, visor pandangan depan turut diluaskan untuk melenyapkan titik buta.

CrossHelmet X1 menawarkan sudut pandangan 30° berbanding helmet tradisional, sekali gus menjadikan topi keledar itu, secara teori, mampu menawarkan sudut pandangan penuh 360°!

2. SOKONGAN HUD DENGAN PAPARAN MULTI INFORMASI DAN SAMBUNGAN BLUETOOTH


Ciri canggih utama CrossHelmet X1 ialah skrin lutsinar yang boleh dilipat dengan memaparkan kelajuan, kompas arah, cuaca, masa dan navigasi yang boleh diakses pantas. Kini, tumpuan mata anda tidak lagi terganggu setiap kali menunduk kepala untuk melihat panel meter motosikal.

Selain itu CrossHelmet X1 turut menawarkan sambungan Bluetooth kepada telefon pintar menerusi aplikasi khas yang daripada iOS atau Android. Menariknya, aplikasi berkenaan menyediakan sokongan chat berkumpulan Group Talk, berfungsi sebagai platform komunikasi dengan rakan-rakan yang menggunakan helmet tradisional. Asalkan mereka turut ada sambungan Bluetooth.

3. KAWALAN TAPISAN BUNYI PINTAR CROSSSOUND CONTROL


Ucapkan selamat tinggal kepada penutup telinga juga, kerana CrossHelmet X1 menawarkan fungsi tapisan bunyi pintar melalui teknologi CrossSound Control yang siap dipatenkan.

Kelebihan utama teknologi tersebut ialah kemampuan mengawal tahap kelantangan bunyi tertentu, seperti bunyi angin, enjin dan jalan, sebaliknya bunyian penting seperti bunyi brek dan siren ambulan dikuatkan. Ini membolehkan anda menunggang tanpa gangguan bunyi-bunyi yang menjejaskan keselesaan perjalanan, lebih-lebih lagi perjalanan jarak jauh.


BUKAN YANG PERTAMA

Helmet dengan paparan skrin HUD dan tapisan bunyi pintar mungkin tidak asing bagi anda kerana teknologi seumpama itu sudah berada di pasaran menerusi produk seperti NUVIZ HUD untuk gaget paparan HUD, dan SENA Momentum untuk teknologi kawalan tapisan bunyi.

Bezanya, setiap produk itu ditawarkan pada harga AS$699 (RM2,950). Tetapi, pada harga AS$1,399 (RM5,900), yakni cuma dua kali ganda, CrossHelmet X1 mampu menawarkan pakej helmet lengkap yang bukan saja dilengkapi teknologi canggih dimiliki dua helmet tersebut. Malah, helmet itu turut menawarkan gaya futuristik dengan dilengkapi ciri tambahan yang tidak kurang hebat seperti panel sentuhan dan lampu keselamatan.

Tidak sekadar canggih, helmet itu masih tidak mengetepikan ciri asas keselamatan yang mendapat pengesahan badan standard keselamatan seperti DOT,ECE dan JIS. Pereka CrossHelmet X1 turut memberikan jaminan bahawa penggunaan sumber kuasa, bateri litium-seramik sama sekali tidak akan meletup (maaf, pengguna Samsung Galaxy Note 7).

Kempen Kickstarter CrossHelmet X1 masih dibuka hingga 12 Oktober ini. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi di sini. Jika tiada aral melantang, proses pengeluaran akan bermula dalam masa terdekat, dan unit pertama akan dihantar seawal Oktober 2018. Ya, tempoh menunggu SETAHUN, dan kami harap anda dapat bersabar.

GALERI

SUMBER: Kickstarter

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Bluetooth, borderless inc, crosshelmet, crosshelmet x1, crosssound, helmet, kickstarter, motosikal, nuviz, nuviz hud, roda2, sena, sena momentum, sena momentum inc, skull ar-1, skully ar1, smart helmet, topi keledar

Comments

  1. joehaz says

    October 6, 2017 at 4:07 PM

    bagusnya helmet ni. betul jugak dia cakap, kalau pakai helmet full face skarang rasa lemas. lagi2 bila tengah panas.

    terbaik.!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my