Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Covid-19: Selepas Krew McLaren Positif Dijangkiti, GP Australia Dibatalkan
Auto Terkini

Covid-19: Selepas Krew McLaren Positif Dijangkiti, GP Australia Dibatalkan

TalibBy Talib13/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN pembukaan Formula Satu (F1) di Litar Melbourne Australia terpaksa dibatalkan berikutan penularan virus  Covid-19 yang sedang menular seluruh dunia.

Keputusan itu sudah dijangka selepas salah seorang anggota pasukan McLaren disahkan positif virus berkenaan yang memaksa pasukan itu menarik diri daripada perlumbaan pembukaan berkenaan.

Pemandu pasukan Alfa Rameo, Kimi Raikkonen (foto atas) awal-awal lagi memilih pulang ke rumah walaupun penganjur masih dalam proses perbincangan. Lewis Hamilton turut menyatakan keputusan pembatakan seharusnya dikuatkuasakan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) lebih awal.

 

GP Bahrain juga mungkin dibatalkan sekiranya keadaan wabak semakin memburuk. Berdasarkan jumlah pasukan yang sanggup menghantar pasukan, memang tidak wajar acara sukan lumba itu diteruskan. Namun, ia masih di bawah budi bicara FIA dan penganjur terlibat.

Keperluan bergerak dari satu lokasi perlumbaan ke lokasi lain meningkatkan tahap risiko dijangkiti setiap ahli pasukan. Vietnam turut mengeluarkan kenyataan menolak kemasukan pengunjung dari Itali dalam tempoh 14 hari dari tarikh tiba. Ini bermakna GP Vietnam mungkin ditangguhkan juga.

Berdasarkan situasi semasa, kebanyakan negara mengeluarkan arahan mengurangkan kemasukan dan pergerakan pelancong. Ini berikutan bilangan kes virus itu yang semakin meningkat seluruh dunia. Tidak mustahil perlumbaan F1 2020 terpaksa ditangguh sementara menunggu isu virus tersebut diselesaikan.

BACA >>> Rumusan Ujian Pramusim Kedua F1 2020, Mercedes Masih Unggul di Depan

ISU PENONTON

Apa sukar diterima penonton dan peminat setia F1 ialah maklumat pihak penganjur yang langsung tidak memaklumkan sebarang berita semasa mengenai keputusan itu hingga saat akhir ini.

Malah, pengunjung beratur seawal jam 8:30 pagi untuk menyertai sesi ujian awal hari ini. Namun, keputusan hanya dimaklumkan jam 10 pagi. Walaupun keputusan dibuat berdasarkan keputusan bersama antara penganjur, pasukan lumba, pasukan kesihatan dan Kerajaan Australia, peminat masih tidak dapat menerima pembatalan saat akhir.

Bagi pengunjung, penganjur seharusnya memberikan sedikit pampasan kerana pengumuman dilakukan saat akhir. Bagaimanapun, pengurus pasukan dan  pelumba tampil meminta maaf kepada peminat atas kesulitan yang berlaku.

BACA >>> Regulasi Formula Satu (F1): Apakah yang Baharu untuk Musim 2020?

KEADAAN STAF PASUKAN

Setiap pasukan kini sudah mula berkemas untuk pulang ke negara masing-masing. Apa paling penting ialah keselamatan semua krew pasukan yang juga akan sentiasa dalam pemantauan bagi mengelak supaya tidak dijangkiti virus tersebut.

Semoga semua krew, pemandu dan pengunjung tidak dijangkiti sepanjang proses pulang ke negara masing-masing. Kepada semua peminat F1, memang ada kemungkinan beberapa pusingan lain akan datang bakal dibatalkan juga.

BACA >>> Helmet Legenda F1, Schumacher Ketika Aksi GP Malaysia 2001 Mahu Dilelong

Auto Terkini F1 Formula Satu Formula Satu (F1) GP Australia Koronavirus Sukan Lumba sukan permotoran Wabak
Talib

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.