Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India
Auto Terkini

Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India

Han OthmanBy Han Othman20/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CITROEN merancang menembusi pasaran India menerusi barisan kenderaan bajet rendah dan berharap ia dapat direalisasi menjelang penghujung 2021 nanti.

Rancangan baharu itu ialah sebahagian daripada strategi syarikat induk Citroen, Groupe PSA supaya masing-masing subsidiari di bawahnya tidak terlalu bergantung kepada pasaran Eropah. Ini juga antara sebab kenapa Peugeot kembali semula ke Amerika Utara, manakala Opel mula memasuki pasaran Rusia.

BACA >>> Suzuki Swift – Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!

PSA juga bakal menghasilkan barisan kenderaan kos rendah untuk pasaran global, sama seperti apa dilakukan Renault menerusi Dacia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Citroen, Linda Jackson berkata, model masa depan Citroen di India ialah produk mesra bajet.

“Kereta-kereta itu akan jadi sesuai dan relevan unutk pelanggan India.

“Kami fikir gaya unik Citroen menawarkan sesuatu yang berbeza, dan ia bagus buat kami untuk mendapatkan impak ke atas pasaran. Kami perlu ada penetapan minda yang kami pergi India untuk rakyat India. Inilah sebab kenapa kami ada pasukan tempatan yang akan menjelaskan apa sepatutnya ada pada sesebuah kenderaan dari segi teknologi,” katanya.

KERETA DIPASANG DI INDIA

Citroen akan menghasilkan produk automobil jenama itu di India bersama CK Birla Group, dan dibantu Hindustan Motor Financing Corporation dan PSA Avtec Powertrain – yang bertanggungjawab menghasilkan enjin dan transmisi di kilang dekat Bangalore dengan kapasiti 300,000 unit enjin dan 200,000 kotak gear setahun.

Menurut CEO PSA, Carlos Tavares, kilang Avtec sudah sangat menguntungkan dan penjimatan yang diperoleh daripada pemasangan tempatan akan membuatkan kerjasama kedua-dua pihak mampu bertahan.

BACA >>> Toyota Corolla Logo Suzuki Bakal Muncul di India

Jika jualan kenderaan meningkat kepada enam juta menjelang 2025, India akan menjadi pasaran ketiga terbesar selepas China dan Amerika Syarikat (AS). Buat masa ini, Maruti Suzuki, Tata, Hyundai dan Mahindra and Mahindra menguasai lebih 80 peratus pasaran India, manakala baki 20 peratus dikongsi jenama Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Auto Terkini Citroen Citroen India India kereta bajet Kereta Bajet Rendah Linda Jackson PSA Groupe
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.