Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Citroën C4 Cactus (2018) – Rekaan yang Seunik Nama!
Roda4

Citroën C4 Cactus (2018) – Rekaan yang Seunik Nama!

Abang HirataBy Abang Hirata31/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CITROËN adalah antara subsidiari yang membentuk PSA Group dengan Peugeot seperti mana Korea Selatan mempunyai Hyundai Motor Company yang menaungi Kia sebagai subsidiari. Kedua-dua jenama Citroën dan Peugeot mempunyai identiti berbeza walaupun berkongsi ‘isi dalaman’ hampir serupa.

Apa yang membezakan produk masing-masing ialah status dan penjenamaan. Citroën lebih kepada stail, manakala Peugeot pula cenderung kepada praktikaliti harian. Contoh jelas, Citroën C4 Cactus baharu ini, sebagai hatchback kompak dengan rekabentuk lain daripada lain.

BACA >>> PureTech 1.2L Bolot Anugerah Enjin Terbaik 2017, Tahun Ketiga Berturut-Turut Tanpa Cabaran

REKAAN UNIK, TEKNOLOGI TERKINI

Jika dilihat dari jauh, memang sudah dapat dijangka itu ialah produk Citroën. Selain rekabentuk unik, C4 Cactus tampil dengan teknologi canggih seperti 12 sistem bantuan pemanduan, tiga teknologi sambungan dan sistem suspensi canggih Kusyen Hidraulik Progresif (Progressive Hydraulic Cushion – PHC).

C4 Cactus dibina berasaskan platform PF1 PSA Group yang menampilkan rekabentuk seimbang, dinamik dan meyakinkan. Kesinambungan rekaan yang lancar dari depan, sisi dan belakang berjaya menyerlahkan efek keharmonian dan ketelitian.

Ada sembilan warna ditawarkan, Polar White (putih), Obsidian Black (hitam), Platinum Grey (kelabu), Cumulus Grey (kelabu), Sport Red (merah), Tapenade Grey (kelabu), Emerald Blue (biru), Pearl White (putih mutiara) dan Deep Purple (ungu).

ENJIN PURETECH

C4 Cactus dikuasakan enjin 3-silinder PureTech petrol yang meraih status Enjin Terbaik Tahunan 2015, 2016 dan 2017 untuk varian PureTech 110 dan PureTech 130.  Versi prestasi tinggi boleh didapati dalam varian PureTech 130 S&S turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Citroën C4 Cactus PureTech 110 turbo boleh didapati dalam:

  • PureTech 110 S&S turbo – Manual 5-kelajuan
  • PureTech 110 S&S turbo – Automatik 6-kelajuan EAT6

Model asas pula dikuasakan PureTech 82 dengan transmisi manual. Selain enjin petrol, C4 Cactus juga ditawarkan dalam versi diesel BlueHDi dengan penjimatan bahan api efisien dan pelepasan emisi optimum. Enjin BlueHDi 100 S&S dipadankan transmisi manual, manakala transmisi automatik BlueHDi 120 S&S EAT6 hanya ada di pasaran tahun depan.

Citroën nampak begitu agresif memperkenalkan barisan baharu jenama itu seperti C3 (2016), C3 Aircross (2017) dan C5 Aircross (2017). Bukan setakat sibuk dengan model baharu, tetapi turut menawarkan jenama mewah DS yang dipasarkan sebagai entiti berbeza.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Malah, Citroën turut hebat dalam dunia permotoran apabila memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan tiga gelaran pengeluar berturut-turut dalam Kejohanan Kereta Touring Dunia (WTCC) pada 2014, 2015 dan 2016.

Bagaimanapun, kehadiran jenama Citroën di pasaran tempatan agak perlahan berbanding Peugeot. Model-model yang ditawarkan juga tidak banyak. Justeru reputasi yang dibina di peringkat antarabangsa diharapkan dapat menarik semula perhatian peminat permotoran terhadap Citroën.

Ini kerana rekabentuk unik dihasilkan Citroën mampu memberikan banyak kelainan berbanding pesaing lain yang lebih bercirikan arus perdana. Pastinya jalan raya lebih meriah dan seronok dengan rekaan sebegini!

GALERI

Citroen Citroën C4 Cactus Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perancis Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.