Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID
Auto Terkini

CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID

Han OthmanBy Han Othman11/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini memeterai perjanjian untuk menyediakan opsyen bayaran kepada pengguna lebuh raya PLUS seluruh negara yang akan diseliakan Touch ‘n Go menerusi tag TnG RFID.

Inisiatif baharu ini menjanjikan pengalaman perjalanan lancar dengan menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran tol berkonsepkan Pembayaran Terbuka yang membolehkan pengguna menghubungkan tag TnG RFID dengan akaun bank, kad kredit, kad debit atau e-dompet TnG.

BACA >>> #MansuhkanTouchNGo: PLUS Tamatkan Lorong Tambah Nilai, TnG Pula Kena Kecam!

CIMB dan TnG berhasrat memperkenalkan kemudahan Pembayaran Terbuka di semua konsesi lebuh raya seluruh negara pada masa akan datang. Justeru dari semasa ke semasa, mod pemanduan RFID dijangka menggantikan kad TnG yang sekian lama menjadi satu-satunya mod pembayaran transaksi tol selama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz berkata, CIMB dan subsidiari TnG komited untuk berkolaborasi dengan PLUS, dan konsesi lebuh raya lain dalam menjadikan mod Pembayaran Terbuka sebagai satu realiti yang dapat diakses semua rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, pilihan bayaran kepada pelanggan adalah aspek penting dalam meningkatkan pengalaman perjalanan.

“Kami gembira kerana pilihan Pembayaran Terbuka akan tersedia kepada pengguna lebuh raya bertol, seiring keperluan pelanggan kami yang ternanti-ternanti lebih banyak kemudahan,” katanya.

SEMUA TOL DILENGKAPI RFID APRIL 2020

Logo PLUS
Logo TNG

Sebagai permulaan, TnG RFID akan tersedia di 10 Plaza Tol Sistem Terbuka di lebuh raya PLUS bermula Januari 2020, manakala kemudahan sama di semua 83 Plaza Tol Sistem Tertutup pula bermula 1 April 2020

Plaza Tol Sistem Terbuka adalah sistem bayaran tol kadar tetap berasaskan kelas kenderaan, manakala Plaza Tol Sistem Tertutup pula adalah sistem kadar tol yang ditentukan mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan ketika keluar lebuh raya tersebut.

Transaksi RFID adalah secara masa nyata dan pengguna akan segera menerima notifikasi baki kredit.

Ujian perkhidmatan TnG RFID kini sudah pun dilaksanakan di beberapa lebuh raya tertentu sejak awal tahun ini. Buat masa ini ada 700,000 tag RFID dipasangkan pada kenderaan seluruh Semenanjung Malaysia yang dipautkan kepada e-dompet pengguna.

Inisiatif TnG RFID adalah langkah pertama dalam mengurangkan kesesakan di lebuh raya Malaysia. Skim ini turut diselaraskan dan dirancangkan bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), serta tidak akan menjejaskan perkhidmatan kad sedia ada, termasuk SmartTAG atau PayDirect.

Auto Terkini CIMB Datuk Azman Ismail Pembayaran Terbuka PLUS Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz TnG TnG RFID Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.