Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Chery Dedah Lakaran SUV Baharu Untuk Pasaran Eropah
Roda4

Chery Dedah Lakaran SUV Baharu Untuk Pasaran Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata29/08/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami ada menyiarkan berita tentang hasrat Chery mahu memasuki pasaran Eropah dengan nama dan produk serba baharu. Mengikut perancangan, model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama projek itu akan dilancarkan menjelang Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017 bermula 12 September ini.

Sekarang, bagi menghangatkan lagi suasana, Chery terlebih dahulu mendedahkan enam lakaran terkini yang tampak meyakinkan dan selari dengan cita rasa Eropah.

BACA >>> Transformasi Chery – Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM

HALA TUJU BAHARU

Rekabentuk yang ditunjukkan jelas membawa hala tuju penjenamaan baharu Chery selain mengangkat tema ‘Life in Motion’ yang dipegang pengeluar automobil dari China itu. Naib Presiden Eksekutif Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Chery Shanghai, Ray Bierzynski berkata, debut pertama SUV kompak itu adalah permulaan fokus Chery untuk pasaran Eropah.

SUV itu akan dilancarkan beberapa tahun lagi dengan beberapa ciri utama seperti penggayaan dengan karakter, teknologi mesra pengguna, nadi kuasa elektrik dan ciri-ciri keselamatan termaju.”

‘LIFE IN MOTION’

Falsafah rekabentuk ‘Life in Motion’ dibangunkan Ketua Pereka Chery, James Hope menampilkan evolusi gaya tersebut menjadikan kalangan pembeli muda dan urban yang mahu produk berkualiti tinggi dan sofistikated.

Elemen alam sekitar yang ibarat DNA wajib bagi kenderaan China turut diterapkan, dan boleh dilihat menerusi permukaan hidrodinamik berasaskan ilham air mengalir. Gaya progresif juga ditampilkan pada bahagian depan melalui gril dengan kemasan krom berserta lampu utama LED dan gugusan lampu-lampu lain.

MISI GLOBAL

Chery merancang memulakan jualan di pasaran Eropah beberapa tahun lagi dengan produk-produk global serba baharu dalam segmen SUV dan crossover. Justeru, Chery sedang merancang mahu membuka pusat jualan dan pengedaran baharu, termasuk membina pusat rekabentuk dan kemudahan R&D bagi menyokong pertumbuhan antarabangsa.

Menurut rekod, Chery ialah pengeksport kenderaan China paling sukses selama 14 tahun berturut-turut dengan jualan lebih 1.2 juta unit kenderaan sejak ditubuhkan pada 1997. Chery juga pengeluar China pertama yang berjaya menghasilkan enam juta kenderaan. Pada 2016, Chery Group mencatat jualan lebih 700,000 unit!

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 100,000 unit dieksport ke luar negara yang mewakili 30 peratus eksport keseluruhan kenderaan China. Memandangkan Chery sudah lama berada dalam pasaran tempatan sama ada secara model import atau pemasangan tempatan (CKD), memang ada harapan bahawa model baharu juga akan turut dipasarkan kelak.

Chery China James Hope Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Ray Bierzynski Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Mr.yie on 30/08/2017 08:42

      Dengan model baru ini mesti chery boleh mengugat kan dgn H-RV kalau desige sperti di ats itu on the best chery

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.