Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer
Roda2

CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal China, CFMoto memperkenalkan jenama motosikal elektrik baharu Zeeho dengan produk pertama Zeeho Cyber Concept yang bakal memasuki barisan pengeluaran pada pertengahan 2021.

Cyber Concept menampilkan rekabentuk sporty yang ramping dan kompak, direka khas buat penunggang yang mementingkan aspek prestasi dan teknologi. Skuter elektrik ini menampilkan dwi lampu neon winglet, lampu utama LED dan pemuka digital besar dengan sambungan WiFi, navigasi dan lain-lain. Ciri menarik lain ialah sistem kamera 360º.

Menurut CFMoto, Zeeho Cyber Concept dikilangkan dengan proses teknologi tinggi sama seperti digunakan KTM. Adakah model ini pencabar skuter elektrik KTM yang akan dibangunkan menggunakan platform Bajaj Chetak kelak?

Aspek mekanikal dijana motor ‘Cobra’ IP67 penyejukan air yang menawarkan tahap kecekapan tukaran energi tinggi 92 peratus dengan menghasilkan kuasa 10kW (13.4hp) dan tork 213Nm. Pecutan 0-50kmj mampu dicapai sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum 110kmj.

Ada tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Eco, Street dan Sport, manakala tayar jenis Pirelli yang dipadankan set brek cakera Brembo 215 mm. Sumber tenaga dibekalkan pek bateri litium-ion 4 kWh yang memberikan jarak perjalanan lebih 130km mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Menariknya, pek bateri memiliki jangka hayat 2,500 kitaran/8 tahun/3,100,000km dengan julat suhu operasi -20° hingga 55° yang membolehkan skuter ini ditunggang dalam pelbagai kondisi iklim berbeza seluruh dunia. Tempoh mengecas hingga 80 peratus cuma mengambil masa setengah jam.

BACA >>> Kymco F9 – Skuter Elektrik dengan Swingarm Sebelah, Cas Penuh Boleh Tunggang 120km
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

SUMBER: ElectricVehicleWeb

cfmoto CFMoto Zeeho motosikal elektrik motosikal EV roda2 Zeeho Cyber Concept
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.