Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
Auto Terkini

Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/02/202232 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pembeli meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kereta Perodua yang ditempah sejak tahun lalu.

Tidak kurang juga mengkritik Perodua kerana mengejar jumlah tempahan tinggi, tetapi gagal memendekkan masa menunggu. Apatah lagi selepas membaca laporan Perodua mahu jadi jaguh Malaysia tahun ini.

BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Perodua Terima 2,103 Kes Kereta Banjir, Cuba Baik Pulih Secepat MungkinPerodua

Sekadar perkongsian, Perodua kini memiliki kira-kira 70,000 tempahan kenderaan yang masih belum diserahkan kepada pelanggan dan pengedar sejak tahun lalu. Pada Disember lalu, Perodua meletakkan sasaran menyiapkan 30,000 unit daripada semua tempahan tertunggak, tetapi masih gagal. Apa sudah jadi?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ada dua senario yang menyebabkan sasaran menyiapkan tempahan kenderaan terbantut, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir.

KESAN PKP

Selepas PKP, apabila kami mahu memulakan semula operasi, kami sedar kami tidak boleh memulakan secara tiba-tiba dengan operasi tahap tinggi dan jumlah tinggi kerana (vendor) memerlukan masa menstabilkan operasi masing-masing. Ada banyak sebab (berkaitan), salah satu adalah isu operasi logistik dan stok penimbal bahan mentah.”

BANJIR SHAH ALAM

Kami ada dua vendor di Shah Alam dan mereka gagal beroperasi disebabkan banjir (Disember 2021). Apa kita buat adalah melawat vendor dan mengadakan perbincangan selama satu hari.

“Keesokan hari, kami mengeluarkan semua peralatan dan die (acuan) dan menghantarnya kepada vendor lain seluruh Malaysia untuk lihat siapa boleh hasilkan stamping (tekan ter) bahagian. Dalam tempoh tiga hari, kami boleh beroperasi semula, tetapi perlahan sedikit kerana faktor kapasiti dan lain-lain.”

Selain kesan selepas Kerajaan menamatkan siri PKP dan bencana banjir, Perodua juga terjejas akibat masalah bekalan komponen dan cip semikonduktor untuk pembuatan kenderaan, iaitu masalah sama yang dialami banyak pengeluar automotif global.

BACA >>> CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022
BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!

Auto Terkini Perodua tempahan perodua
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026

    32 Comments

    1. Khairul on 08/02/2022 12:17

      Alasan je perodua sabit, kalu x banjir x de PkP pun sama jew lambat

      Reply
    2. jun on 08/02/2022 16:47

      Dah tahu tak boleh siapkan tempahan, tutup oder dulu….. siapkan mana yg pre oder.
      Saya oder myvi dah 2 bulan belum dapat. Kalau boleh cancel lama dah cancel . Masalahnya loan dah lulus .
      Melampau tau.

      Reply
    3. WAN NOOR AZIZ on 09/02/2022 08:07

      Lama sangat menunggu,teruk betul perodua,
      Syarikat lain boleh buat,tak bagi alasan pun.

      Reply
    4. Hamdan on 11/02/2022 07:27

      Sepatutnya dah lambat tu bagi la rebate untuk pembeli yang terpaksa menunggu lama tu….
      Kalau pembeli lambat sign agreement atau lambat bayar deposit bukan main lagi bank n salesman kejar, Bila masalah disebabkan mereka.. langsung tak rasa bersalah

      Reply
    5. Johari on 03/03/2022 09:27

      Booking dah hampir 3 bln, blum ada brita..

      Reply
    6. Ayie on 06/03/2022 02:51

      Book dr bln 10 tahun 2021 nie dah bln 3 senyap je..

      Reply
    7. Jeme on 09/03/2022 14:04

      Syabas perodua kerana bermurah hati mengeluarkan kereta mampu milik bagi warga Malaysia.
      Oh ya alang2 go publik ni tolong pasang axia style tu blutooth, lampu putih depan mcm myvi tu, boh signal kat sidemorr dan bagi boot tray free. Payung tak nak. Apa salahnya psasang tinted macam axia se tu siap2. All the best perodua.

      Reply
    8. Azk on 13/03/2022 03:32

      Sakit hati. tadi dealer offer color silver. Order asal warna grey. Boleh pula ajak buyer nego tukar color. Lps tu bila buyer x nak tukar, terus kata jgn marah klu kete lama.. Mcm tu pulak. Setahu aku alza model yg lama dh stop jan 2022. So xde masalah klu nk nk siapkan tempahan alza 2021 kot.. tpi ntah knp alza model 2021 pun lmbt siap. Takde sistematik dh perodua ni wlupun Jepun masih owner terbesar

      Reply
    9. Zuriyani bt Ismail on 15/03/2022 00:03

      First time beli kereta perodua, kereta ke 3 , rupanya terlalu lama menunggu, 3 bln lbh menunggu masih blm nmpk ape2 bygan lg, lagi 2 minggu dah 4 bln.

      Reply
    10. FATIN AMIRAH on 15/03/2022 13:36

      SA cakap lepas loan lulus seminggu macam tu dapat kereta , tapi sampai sekarang belom dapat , dah dua bulan masih tergantung sepi. loan tak boleh cancel . kita pergi kerja pun jauh jauh naik public transport lmbat. logik la

      Reply
    11. Tehah on 22/03/2022 23:57

      Hm dahla nak tggu loan lulus pon ambik masa bila dh lulus sales kejar suruh pyment cepat2 sblum kreta dpat dkat orng lain , tapi dh bayar tggu berbulan2 jugak bila tnya selalu bgi fakehope ckap nk dapat nk dapat tpi tk dapat2 penat tau tunggu 😌

      Reply
    12. BelugaCat on 01/04/2022 10:00

      Booking dah bayar loan dah approved kereta? Wassalamu.. alasan banyak sangat.. kalau tahu tak mampu capai target pengeluaran dalam masa ni jangan buka order.. siapkan yg tertunggak.. proton saga premium elok jer tak sampai 2 bulan dah dtg ke tgn pembeli..

      Reply
    13. yang_menunggu on 15/04/2022 15:38

      saya dah tunggu axia hampir masuk 4 bulan. SA cakap hujung minggu nak update semula. masuk awal minggu lagi satu pun tak update apa2..

      malas nak marah2.. tp tu lah.. klu lambat, cakap lambat… jgn bagi harapan palsu perodua oi.. jgn binasakan kepercayaan ra’yat.. nak beli Honda aku tak mampu.. beli axia, kene game pulak hahaha

      Reply
    14. mail on 16/04/2022 10:16

      Kalau dah tahu tak dapat nak penuhi permintaan,janganlah terima tempahan lagi. siapkan yang tertunggak tu dulu. SA pun menipu tak nak bagitahu hal sebenar. Hancussss

      Reply
    15. Oldpeople on 17/04/2022 11:13

      Hahaha. Itulah perodua,dh x sama mcm zaman arwah ayah aku keje sana lagi. Sendiri boleh faham la, zman quantity over quality.. projection/forecast pon ke laut.. sepatutnya masa launch, dh siap semua persediaan. Bukan sekali ni je dpt tempahan kuantiti mcmni. Tiap2 tahun, siap boleh CKD keta luar. Tp bila part short la apa la,slhkan pihak lain pula,siap bencana alam.. hahaha kelakar. Sebab ko pentingkan yg on paper dr realiti. Walk the talk bukan talk cock. Ko no 1 local car bertahun2 kot,xkan fikir duit je… kalau kena jepun ni mampus korg semua…

      Reply
      • Abang GYL on 18/04/2022 11:29

        Ini masalah global, bukan hanya Malaysia sahaja. Harap faham dengan situasi ini

        Reply
    16. nana on 18/04/2022 19:17

      Saya pula da 7 bulan tunggu kereta mampu milik axia..janji² tarikh sedemikian..sampai sekarang takda..nak cancel loan da lulus tahun lalu.

      Reply
    17. Kena Tipu Perodua on 20/04/2022 16:09

      Aku rasa isu cip ni tahun lepas lagi dah ada tapi perodua sebab nak kejar ranking no 1 punya pasal main belasah aje ambil order. Macam salesman kedai perodua yg aku order aruz advance… masa order dia kata yg kain lambat tapi kalau aruz advance silver blh dpt 1 bulan ke 1 setengah bulan… Last2 bila aku asyik push dia tanya bila nak dapat sebab dah lebih sebulan dia kata masalah cip… Siap tunjuk waiting list hq perodua bagi… Bukan sebulan tapi 3 ke 3.5 bulan… Tak panas ko ingat… Harap2 raya dpt pakai kereta baru yapi hampeh perodua!!!!

      Reply
    18. Farah on 21/04/2022 10:43

      saya dah 4bulan menunggu. mcm mana nak cancel yer? ade ape2 effect ke klau cancel?

      Reply
    19. Mohd Hamizan Hazim on 26/04/2022 00:34

      Sama macam kes sy ..memanjang JANJI 6bln…daripada bulan 11 tak nampak byg2 kereta….loan dah approved.. deposit pn dah bagi, nasib baik ada saudara mara dan kwn2 boleh tumpang gi keje…harap2 masalah “long waiting” ni dapat dipendekkan…murung skjp bila dah byr full deposit tp servis hampeh… 😭,

      You can Said ..nobody force us to buy your product or tak siapa letak pisau dileher kami utk paksa beli perodua ….it’s not about global problem but how your solve the problem and not just Blame the chip atau salahkan banjir semata2.

      Reply
    20. Nazri efendy on 07/05/2022 13:39

      Harap perodua dpat menyelesaikan masalah secepat mungkin…2 bulan menunggu,kereta belum dpt lagi

      Reply
    21. Regine lim on 17/05/2022 18:56

      I ordered Axia On Nov 2021. NOW MAY 2022 almost 6MONTH , AND JUN ssT starting.. I do hope Perodua will bear the SST and give more rebate as we have waited for so long.
      We understand is Global weather or Pandemic but I am sure every big Organisation has their plan B.

      Please have empathy with your customers.

      Looking forward to hear Good news from you soon.

      Reply
    22. Nurul Shamira on 27/05/2022 11:20

      Hi, saya order perodua Bezza 1.3 x. loan approved January 2022 and NOW already May. Please settle this case as soon as possible. Banyak benda nak buat dengan kereta tu. Don’t keep blame banjir la chip problem la itu bukan masalah customer. Janji 4 bulan sampai sekarang tak ada and soon pulak ada sst.

      Reply
    23. edi on 01/06/2022 13:27

      saya salah satu ‘penunggu bezza’ Apa yg dijelaskan oleh big boss perodua memang ada logiknya tp kami sbgai custumer yg mnunggu lama ni bkn nk sekadar penjelasan.Tapi lebih kepada cara perodua atasi masalah tersebut.Ketika ini lah perodua diuji.bkn diuji dengan jualan yg rendah..tapi diuji dengan jualan dan tempahan yang terlalau tinggi.Utamakan tempahan tempatan dahulu baru eksport.

      Reply
    24. Mohd Aznan on 07/06/2022 09:22

      Beli kereta model bezza Dan loon sudah Lulus, sudah masuk 4 bulan lebih bayang Pon tak ada tapi model baru byk jee keluar..? Tya penjual Alaskan yg diterima pkp Dan banjir senang hidup tidak ikhlas… Bila pergi Tanya harap bersabar….

      Reply
    25. colasaisai on 13/06/2022 16:58

      Saya ambil Axia dah 4 bulan tak dapat lagi tutp la Perodua..tau awai kita beli model lain😡

      Reply
    26. Tuah jawa on 01/08/2022 14:10

      Sign agreement bulan 3. Sampai sekarang axia x dapat lagi…teruskan menunggu. Cukup 6bln plat no booking akan burnt

      Reply
    27. Mr.a on 02/12/2022 10:31

      6 bulan boleh sabar. lebih 6 bulan masih bersabar. Sudah hampir setahun sabar sedikit hilang. Dan sampai sekarang belum nmpk bayang. Mohon doakan saya dapat terus bersabar.

      Reply
    28. Mat Toi on 05/12/2022 18:30

      Dah 1 tahun den menunggu axia tak dapet dapet lagi… itu ler orang buat keta, ko pon nak buat…

      Reply
    29. Bonta on 20/12/2022 15:57

      Saya baru booking Bezza 1.3 Adv 2020. SA bilang tunggu 6 bulan. Haraplah dapat dipercepatkan dengan kerajaan baru ini. Kalau ada kaitan lah hahaha. Saya pengguna Proton yang ingin mencuba Perodua sebagai kereta kedua sebab selalu bawa kereta wife untuk servis. Servis Perodua memang the best.

      Reply
    30. helmirrm on 03/05/2023 12:58

      dah dekat setahun, nanti boleh meletop wooo…

      Reply
    31. nDz on 18/11/2023 09:11

      Month 11 2022 – order
      Month 11 2023 – not available
      Month 11 2024 – still not available
      Month 11 2025 – maybe not available
      Month 11 2026 – not sure available
      Month 11 2027 – cannot available
      Month 11 2028 – stop new orders
      Month 11 2029 – stop productions
      Month 11 2030 – launching new models

      TQ Perodua for Building Cars People First

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.