Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Castrol Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter Premium POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40
Aksesori

Castrol Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter Premium POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Han OthmanBy Han Othman16/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAsTROL Malaysia terus mengukuhkan kehadiran dalam arena perlumbaan tempatan apabila mengumumkan peluasan penajaan dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia, selain memperkenalkan minyak pelincir baharu Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 untuk kegunaan harian.

Langkah itu menyerlahkan pendekatan ‘dari trek ke jalanan’ Castrol, yang mana teknologi diuji di litar, dan diterjemah untuk penunggang biasa.

Lebih Serius dalam Cub Prix – CP150, CP125

Di bawah kerjasama terbaharu bersama Yuzy Racing, penglibatan Castrol kini meliputi dua kategori utama:

  • CP150
  • CP125

Pasukan itu akan menurunkan tiga jentera dalam CP150 dan satu jentera dalam CP125, sekali gus mempeluas liputan jenama dalam platform perlumbaan kapcai paling kompetitif di Malaysia.

Menurut Castrol, Cub Prix bukan sekadar perlumbaan, tetapi ‘makmal sebenar’ untuk menguji ketahanan enjin dan prestasi pelincir dalam kondisi ekstrem  yang panas, rev tinggi dan tekanan berterusan.

POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40, Fokus Dunia Sebenar

Dilancarkan serentak, Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 ialah minyak enjin sintetik penuh premium yang dibangunkan khas untuk skuter moden.

Antara fokus utama:

  • Direka untuk persekitaran suhu tinggi dan geseran tinggi
  • Menyokong pecutan lebih responsif
  • Memberi perlindungan konsisten dalam trafik bandar (stop-go)
  • Stabil untuk penggunaan jarak jauh dan operasi berpanjangan

Minyak ini menggunakan teknologi sintetik penuh 5-dalam-1, yang memberi penekanan kepada kelancaran enjin, perlindungan haba dan ketahanan komponen.

Dari Litar ke Jalan Raya

Castrol menegaskan semua pembelajaran dari perlumbaan Cub Prix digunakan terus dalam pembangunan produk komersial.

Realitinya, pengguna skuter di Malaysia memang ekstrem yang mana kita dapat menyaksikan penggunaan motosikal jenis itu untuk:

  • penghantaran makanan dan barangan (delivery)
  • Ulang-alik kerja setiap hari
  • Trafik jem dengann cuaca panas

Jadi, prestasi minyak enjin bukan lagi sekadar spesifikasi atas kertas, tetapi faktor ketahanan sebenar.

Bila Masuk Pasaran?

Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 dijangka berada di pasaran Malaysia bermula Mei 2026 (tertakluk kelulusan SIRIM).

Produk itu sudah pun dalam pengeluaran di fasiliti Castrol di Pelabuhan Klang, dan sedang menjalani proses pensijilan wajib sebelum dijual.

Castrol sekali lagi bukan sekadar menjadi penaja kejuaraan dua roda, tapi menggunakan platform seperti Cub Prix untuk menjalani ‘ujian tekanan’ teknologi sebelum dibawa kepada pengguna biasa.

Buat penunggan Malaysia, terutama pengguna skuter yang hari-hari meredah panas, trafik sesak dan hujan, minyak enjin seperti itu sememangbya relevan.

aksesori Auto Terkini Castrol Malaysia Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 Cub Prix Malaysia fully synthetic scooter oil minyak enjin skuter terbaik Minyak Pelincir Yuzy Racing
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Diesel Shell
Auto Terkini

Diesel Semenanjung Kini RM5.97 Seliter, Petrol Tanpa Subsidi Ikut Turun

15/04/2026
Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

15/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Isu Bekalan Minyak Tular, Shell Malaysia Mohon Maaf Hadkan Jualan Sementara

15/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.