Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Cara Ghosn Terlepas Lari Naik Jet ke Lebanon Jadi Misteri?
Auto Terkini

Cara Ghosn Terlepas Lari Naik Jet ke Lebanon Jadi Misteri?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMELUT menimpa Carlos Ghosn mula mendapat perhatian dunia sejak 2018 berikutan skandal penyelewengan wang. Individu yang bertanggungjawab membangunkan pakatan Nissan-Renault-Mitsubishi itu dikatakan melarikan diri dari Jepun menggunakan jet peribadi.

Ghosn tidak boleh meninggalkan Jepun hingga hari perbicaraan kes. Terkini kamera pengawasan yang dipasang di depan rumahnya menunjukkan mantan Pengerusi Nissan itu meninggalkan kediamannya di Tokyo dan tidak pulang. Beliau disahkan meninggalkan Jepun menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di bandar Osaka.

BACA >>> Ghosn Bebas Kali Kedua dengan Ikat Jamin RM18.6 Juta, dan Dilarang Jumpa Isteri

DIBURU POLIS

Media berkumpul di depan rumah Ghosn di Beirut, Lebanon.

Tindakan itu menjadikan beliau sebagai buruan antarabangsa terkenal selepas mendedahkan melarikan diri ke Lebanon kerana penipuan sistem keadilan di Jepun. Polis mengesyaki Ghosn menemui seseorang sebelum berlepas ke lapangan terbang.

Lebih menghairankan, jet peribadi yang digunakan untuk menerbangkan Ghosn ke Beirut didapati beroperasi secara haram menggunakan rekod palsu yang langsung tidak menyebut nama beliau sebagai penumpang.

Pengendali penerbangan yang berpangkalan di Istanbul, MNG Jet Havacilik AS mendakwa seorang pekerja syarikat itu yang sedang disiasat pihak berkuasa mengakui memalsukan rekod dan bertindak sendiri.

Pihak berkuasa Turki menahan tujuh individu termasuk empat juruterbang sebagai sebahagian siasatan ke atas firma penerbangan jet swasta yang  membawa Ghosn itu. MNG Jet mengesahkan menyewa dua pesawat untuk dua pelanggan berbeza pada Disember lalu. Satu penerbangan dari Dubai ke Osaka dan kemudian ke Istanbul, dan satu lagi dijadualkan dari Istanbul ke Beirut.

“Kedua-dua sewa tidak sepadan satu sama lain dan nama Ghosn tiada dalam dokumentasi rasmi penerbangan,” kata Pengurus Besar MNG Jet, Cem Sasmaz.

BACA >>> Sebuah Kisah Panjang Carlos Ghosn, Siapakah Dia dan Apakah Skandal Dilakukannya?

Ghosn, yang memiliki kerakyatan Lebanon, berdepan perbicaraan atas dakwaan jenayah kewangan dan berada dalam tahanan rumah di Jepun. Beliau dikatakan diterbangkan lari ke Istanbul minggu lalu dan kemudian ke ibu kota Beirut. Persoalannya besar sekarang, bagaimanakah beliau melarikan diri? Ia masih kekal misteri.

Malah, Ghosn dalam satu kenyataan mendakwa keluarganya tidak memainkan peranan membantu penerbangannya itu dan beliau sendiri menguruskan pelepasannya dari negara tersebut. Difahamkan, Ghosn dipindahkan antara dua jet dalam sebuah kotak.

BACA >>> Ghosn: “Saya Tak Buat Salah Apa”

SUMBER: AutoNews

Carlos Ghosn Cem Sasmaz MNG Jet Nissan Nissan-Renault-Mitsubishi Pakatan Renault-Nissan Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Skandal Carlos Ghosn
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.