Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Calon SPM Maut Terseret Lima Meter Dilanggar Pegawai Kanan Polis
Auto Terkini

Calon SPM Maut Terseret Lima Meter Dilanggar Pegawai Kanan Polis

Firdaus KhamaruddinBy Firdaus Khamaruddin16/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pegawai tinggi polis di Ipoh akan direman hari ini berikutan kemalangan maut melibatkan seorang remaja berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Jalan Taman Jadi, Meru, di Ipoh, Perak, semalam.

Menurut perkongsian di media sosial, detik insiden tersebut disaksikan ramai penduduk di situ. Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan penahanan itu dengan berkata, suspek pegawai polis dari Kontinjen Kedah itu akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan polis, sebuah kereta dan sebuah motosikal bertembung sekitar jam 12:40 tengah hari. Penunggang motosikal, Muhammad Zharif Affendi Mohd Zamry, 17, maut di tempat kejadian, manakala pegawai polis, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Yahaya berkata, insiden berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh menyebabkan kematian akibat memandu melulu atau berbahaya.

Siasatan akan melibatkan pelbagai perspektif, termasuk jenayah berkaitan perbuatan menyebabkan kematian, seperti ditakrifkan dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menegaskan pasukan polis tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri dengan syarat ada bukti kukuh, dan turut menggesa orang ramai mengelak terlibat dalam spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, atau membawa kepada keresahan awam.

Mangsa, yang juga calon SPM, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kesan kuat perlanggaran tersebut. Sebelum kejadian, spekulasi mengatakan konflik tercetus antara suspek dan mangsa berikutan tindakan remaja itu membunyikan ekzos bising.

Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dibawa keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas selesai bedah siasat kira-kira jam 6:30 petang semalam, Jumaat.

Berdasarkan tinjauan media sosial, beberapa netizen tampil mengaku menjadi saksi kejadian. Selah seorang netizen mendakwa suspek mengejar mangsa sampai ke simpang tiga hingga mangsa putus asa dengan memperlahankan motosikal dan cuba menjauhkan diri dari kereta suspek.

Bagaimanapun, suspek dilihat tekad melanggar mangsa bersama motosikalnya.

SUMBER: MStar | HMetro | FB

Auto Terkini kemalangan jalan raya Polis Langgar Budak Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jati
Firdaus Khamaruddin

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.