Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»CaDA Toyota AE86 yang Macam LEGO Sebenar
Aksesori

CaDA Toyota AE86 yang Macam LEGO Sebenar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHINA adalah negara semua boleh. Anda boleh ciplak apa saja dan tidak akan dikenakan undang-undang kerana dasar perlindungan hak cipta dan harta intelek yang longgar di sana.

Ini membolehkan sesiapa saja, sama ada da individu atau perusahaan besar menghasilkan apa saja tanpa sekatan.

Kali ini anda boleh dapatkan LEGO untuk model drift ikonik, Toyota AE86, tetapi ini bukanlah yang asli. Walaupun bukan produk sah, ataupun keluaran rasmi Toyota, tetapi produk mainan ilham Initial D Toyota AE86 ini direka cukup teliti.

Walaupun bongkah plastik kecil yang membentuk AE86 itu nampak seperti produk LEGO asli, tetapi ia sebenarnya buatan CaDA. Secara jelas, itu bukan model rawak Toyota Sprinter Trueno, tetapi benar-benar kereta yang dipandu Takumi ketika melakukan drift dalam Initial D.

BACA >>> Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron

Perincian itu dapat dilihat pada but belakang yang siap tersedia peti tauhu dan bukan tauhu biasa, tetapi ‘Tofu Fujiwara Klasik’. Ada pula beberapa kiub tauhu putih atas kotak kayu. Malah kit digunakan lebih maju berbanding kit LEGO biasa.

Perincian kualiti blok yang digunakan mirip  seperti produk dewasa, LEGO Technics seperti panem pembukaan, pautan stereng yang boleh berpusing dan suspensi roda belakang yang tertulis non-independent, sama seperti kereta sebenar.

BACA>>>Toyota 86 GT Black Limited – Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

Dan bukti lain yang mengesahkan itu AE86 dalam anime Initial D adalah gelas air yang diarahkan Old Man Bunta untuk disimpan Takumi dalam kereta dan tidak menumpahkannya. Juga turut tersedia roda stereng 3 jejari, tombol gear dan brek tangan.

Namun, model itu tidaklah sempurna 100 peratus. Masih ada kecacatan yang dapat dikesan pada kluster meter dan kekurangan kerusi belakang. Malah kabin kereta Takumi adalah merah tua. Namun, layout ruang enjin 4A-GE agak kemas. Anda boleh lihat flywheel yang jadi sebahagian pautan stereng dan lampu depan boleh buka-tutup. 

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

Kit ‘LEGO China’ ini didatangkan dengan alat ganti modifikasi seperti spoiler atau enjin V8 yang bukan sebahagian Initial D Hachiroku. Terakhir, anda boleh menghidupkan model ini dengan kotak bateri motor servo. Dengan 1,234 bongkah blok, mainan ini dijual pada harga serendah AS$41 (RM180).

GALERI

SUMBER: JapaneseNostalgicCar

aksesori Auto Terkini Bongkah Mainan Cada Initial D LEGO LEGO Technic Mainan Roda4 Toyota Toyota AE86
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.