• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / C3Strom Astro (2022) - Basikal Elektrik Kelajuan Motosikal Sepantas 52kmj, Harga RM7.4k!

C3Strom Astro (2022) - Basikal Elektrik Kelajuan Motosikal Sepantas 52kmj, Harga RM7.4k!

May 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI mobiliti elektrik berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai model unik yang kadangkala menimbulkan kekeliruan antara basikal elektrik dan motosikal elektrik.

Syarikat start-up dari Hong Kong, C3Strom cuba merapatkan jurang itu dengan memperkenalkan basikal elektrik, Astro dengan rekabentuk dan prestasi mirip motosikal elektrik.

BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R

Hadir dalam dua varian, ASTRO dan ASTRO Pro, basikal itu menggunakan frem motosikal dengan pek bateri yang dipasangkan bawah palang atas, antara fork depan dan pelana. Ada dua pilihan warna: hitam dan kelabu, manakala harga pra-pelancaran seperti berikut:

  • Standard: AS$1,699 (RM7,462)
  • Pro: AS$1,899 (RM8,341)

Bateri digunakan bukan sebarangan, varian standard dibekalkan pek 780Wh, manakala Pro hadir dengan kapasiti 1,040Wh, yang menawarkan jarak tunggangan hingga 125km.

Pek bateri dibina menggunakan format sel litium-ion Samsung 21700 dengan unit motor elektrik Bafang 750W dalam rim belakang buatan Bafang dengan tork 80Nm, manakala masa mengecas dikatakan 5 jam.

BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?

  • Dibekalkan pedal kayuh dengan set rantai-sproket Shimano 7-kelajuan, sama seperti basikal biasa. Jika kehabisan bateri, penunggang masih mengayuh pulang ke rumah.
  • Rupa depan tampil dengan lampu utama bentuk segiempat LED yang disepadukan lampu siang (DRL).
  • Ada panel meter LCD digital yang memaparkan data halaju tunggangan, bar bateri, trip perjalanan dan beberapa maklumat lain.
  • Ada dua mod tunggangan: C3 yang mengehadkan halaju tunggangan hingga 45kmj, dan mod off-road dengan halaju maksimum 52kmj.

BACA >>> Ducati e-Scrambler - Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

  • Menggunakan tayar tahan bocor untuk tunggangan atas permukaan jalan teruk atau rosak.
  • Bunga tayar bukan bentuk blok, tetapi sesuai untuk tunggangan atas jalan raya biasa.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan, tetapi bahagian belakang tiada absorber dan cuma palang besi yang dirasakan kurang sesuai untuk tunggangan off-road.
  • Dipasnagkan brek hidraulik Tektro 4-piston dengan cakera brek 180mm pada kedua-dua roda.
  • Data tunggangan boleh dipantau dan dilaraskan menggunakan aplikasi perisian telefon pintar dengan sambungan Bluetooth.

BACA >>> Kajian: 9/10 Pemandu UK Akui Lampu Utama Kereta Moden Terlampau Terang
BACA >>> Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Perkara Tentang Karakter Sportbike yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: BikeDekho | Electrek

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: basikal elektrik, C3STROM, C3Strom Astro (2022), C3STROM Astro Pro, e-Basikal, Mobiliti Elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my