Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD Umum Kilang CKD Pertama di Malaysia, Siap Operasi pada 2026
Auto Terkini

BYD Umum Kilang CKD Pertama di Malaysia, Siap Operasi pada 2026

SyafieBy Syafie26/08/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling

BYD Sime Motors mengumumkan rancangan membina kilang pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia yang menandakan komitmen BYD terhadap pengembangan industri kenderaan elektrik (EV) negara.

Kilang baharu itu akan dibina di Tanjung Malim, Perak berkeluasan 600,000 meter persegi dan dijangka memulakan pengeluaran pada 2026.

Kilang CKD di Tanjung Malim, Hab EV Baharu Malaysia

Logo BYD

Langkah strategik itu bakal menjadikan Malaysia sebagai antara hab penting untuk pengeluaran EV BYD di Asean, yang mana pelaburan tersebut bukan sekadar untuk pengeluaran kenderaan, tetapi turut merangkumi:

  • Pembangunan ekosistem EV tempatan
  • Peluang pekerjaan baharu dalam sektor automotif elektrik
  • Pemindahan teknologi EV terkini

Strategi Jangka Panjang BYD untuk Malaysia

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueling berkata;

Malaysia terus menjadi pasaran penting BYD di Asia Tenggara. Dengan pembinaan kilang CKD ini, kami bukan saja membawa produk EV inovatif, tetapi juga melabur dalam masa depan mobiliti hijau negara ini daripada pemasangan tempatan, pembangunan bakat, hingga sokongan penuh ekosistem EV.”

Apa Makna untuk Pelanggan Malaysia?

Lokasi kilang CKD BYD di Tanjung Malim, Malaysia

Dengan kewujudan kilang pemasangan CKD, pelanggan boleh menjangka:

  • Harga EV lebih kompetitif dan mampu milik
  • Bekalan kenderaan lebih stabil untuk pasaran Malaysia
  • Sokongan lepas julan lebih baik melalui rangkaian pengedar

Langkah tersebut juga sejajar usaha Kerajaan mempercepatkan peralihan kepada EV dan pengangkutan rendah karbon.

Pengumuman kilang CKD BYD itu turut membuka lembaran baharu industri automotif negara yang menjadikan Malaysia bukan saja pasaran pengguna EV, tetapi juga pusat pengeluaran EV berteknologi tinggi di Asean.

Auto Terkini BYD Sime Motors Kenderaan Elektrik (EV) Kilang BYD Tanjung Malim Kilang CKD BYD Pemasangan Tempatan (CKD)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Lumba Haram Bakal Ada Hukuman Baharu, Apa Anda Perlu Tahu Tentang Seksyen 42A?

    24/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026

    1 Comment

    1. aliya irdina on 27/12/2025 02:01

      hi, may i know when the application for ‘jawatan kosong’ will appear?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.