Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD Malaysia Kini Jadi Pengedar Rasmi Denza
Auto Terkini

BYD Malaysia Kini Jadi Pengedar Rasmi Denza

SyafieBy Syafie10/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BYD Malaysia Sdn Bhd (BYD Malaysia) secara rasmi menjadi pengedar untuk subjenama premium, Denza selepas BYD Auto Industry Co Ltd (BYD) mengumumkan melantik Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd sebagai pengimport rasmi jenama tersebut.

Dalam satu kenyataan BYD berkata, Denza kini bersedia meluaskan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan memperkenalkan teknologi premium, ciri, dan pengalaman pemanduan termaju.

Melalui Denza, BYD mensasarkan menyediakan rakyat Malaysia pengalaman EV yang pelbagai, inovatif dan premium.”

Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia-Pasifik, Liu Xueliang berkata;

Dengan Denza, kami akan dapat menawarkan pengalaman lebih baik kepada pelanggan melalui teknologi dan ciri premium kami dalam industri EV. Kami percaya Denza akan mentakrifkan semula pengalaman EV premium dan menetapkan standard baharu buat pemandu Malaysia.”

Sementara itu, Pengarah Urusan Pemasangan dan Perniagaan Strategik Sime Darby Motors, Dennis Ho berkata, syarikat itu sangat komited dan mempunyai peranan besar untuk meningkatkan pertumbuhan EV di Malaysia dengan membawa Denza sebagai sebahagian signifikan dalam perjalanan itu.

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao pula menyifatkan penggunaan pesat EV di Malaysia adalah bukti kemajuan negara dalam merealisasikan masa depan lebih bersih dan hijau.

Pihaknya sangat berbesar hati kerana menjadi sebahagian perubahan tersebut, sekali gus memperluaskan lagi tawaran dalam solusi inovatif bagi memenuhi keperluan segmen pemandu baharu.

SUMBER: Bernama

BYD BYD Malaysia Sdn Bhd DENZA Kenderaan Elektrik (EV) Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.