Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BYD Dolphin (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.9k!
Roda4

BYD Dolphin (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.9k!

Han OthmanBy Han Othman27/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, Sime Darby Motors (SDM) hari ini melancarkan model EV terbaharu, BYD Dolphin (2023) dalam dua pilihan varian.

Dua varian itu ialah Dynamic Standard yang berharga RM99,900, tidak termasuk pendaftaran, nombor plat dan fi lain dengan pengecualian cukai jalan setahun, tetapi tetapi tanpa insurans, manakala Premium Extended berharga RM124,900.

Kedua-dua varian dibina berasaskan e-Platform 3.0 yang dimuatkan bateri dengan teknologi terkini dibangunkan BYD, dipanggil Blade Battery (bateri bilah).

Berikut spesifikasi BYD Dolphin (2023):

1. BYD DOLPHIN DYNAMIC STANDARD

Varian Dynamic Standard menggunakan kapasiti bateri 44.8kWh berkuasa 70kW (94h) yang mampu memberikan jarak perjalanan hingga 410km menurut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC). Pecutan 0-100kmj sepantas 12.3 saat.

Ada dua pilihan warna untuk varian ini, iaitu Urban Grey dengan dalaman kelabu+hitam, dan Sand White dengan dalaman coklat+hitam.

Sistem suspensi jenis strut MacPherson di depan dan Torsion Beam di belakang dengan brek cakera di depan (jenis ventilasi) dan belakang (solid).

Bahagian roda menggunakan rim aloi 16 inci dengan tayar 195/60 R16.

Ada port pengecas pantas (DC) CCS 2 (60kW) yang khas untuk varian ini selain kabel pengecas mudah alih (mod 2), port pengecas AC Type 2, fungsi V2L dengan adapter nyah cas V2L dan brek regeneratif sebagai standard.

Luaran dan Dalaman

Luaran ada cermin sisi boleh laras dan boleh lipat elektrik, termasuk dipanaskan untuk mengelak berkabus.

Ruang kabin mendapat kluster instrumen digital 5 inci, cermin pandang belakang boleh malap manual, material kerusi kulit sintetik, kerusi belakang boleh lipat 60:40, kerusi pemandu dan penumpang boleh laras manual.

Perehat kepala boleh laras ketinggian untuk penumpang belakang.

Juga tidak dilupakan unit infotainment dengan skrin sentuh boleh putar pintar bersaiz 12.8 inci, enam pembesar suara, sistem navigasi satelit, bantuan suara, konektiviti Bluetooth dan Apple CarPlay, serta empat port USB (dua depan, dua belakang) .

Ciri Keselamatan

Antara ciri keselamatan diberikan varian ini ialah:

  • 6 beg udara
  • Tali keledar dengan ciri pretegang untuk penumpang depan dan belakang.
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Sistem brek kuasa pintar IPBS
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Brek Parkir Elektrik (EPB)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Monitor paparan 360º
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

Teknologi bantuan pemandu  BYD Dolphin (2023) dibantu dua radar ultrasonik di depan dan tiga di belakang untuk ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Sokongan Kekal Lorong (LKS)
  • Amaran Rempuhan Prediktif (PCW)
  • Amaran Rempuhan Belakang (RCW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)
  • Elak Tukar Lorong (LDP)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Amaran Rempuhan Tukar Lorong (LCW)

2. BYD DOLPHIN PREMIUM EXTENDED

Varian Premium Extended menggunakan kapasiti bateri 60.48kWh berkuasa 150kW (201h) dengan jarak perjalanan hingga 490km mengikut ujian NEDC. Pecutan 0-100kmj sepantas 7 saat.

Menawarkan tiga warna, iaitu Atlantis Grey+Delan Black dengan dalaman kelabu+hitam, Ski White+Urban Grey dengan dalaman kelabu+hitam, dan Surf Blue+Urban Grey dengan dalaman biru+hitam

Sistem suspensi jenis strut MacPherson di depan dan MultiLink di belakang dengan brek cakera di depan (jenis ventilasi) dan belakang (solid).

Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 205/50 R17.

Ada port pengecas pantas (DC) CCS 2 (80kW) selain kabel pengecas mudah alih (mod 2), port pengecas AC Type 2, fungsi V2L dengan adapter nyah cas V2L dan brek regeneratif sebagai standard.

Varian ini memiliki semua ciri keselamatan standard yang ada pada Dynamic Standard dengan tambahan fungsi tali keledar prategang 2-tahap untuk penumpang depan. Begitu juga sistem ADAS yang memiliki semua ciri yang ada pada varian di standard.

Namun varian Premium Extended ini mendapat ciri tambahan seperti bumbung panoramik, pengecas telefon pintar wayarles, lampu baca LED di sisi tempat duduk belakang, kerusi depan ventilasi dan ciri tingkap kuasa antijepit untuk keempat-empat pintu.

BYD Dolphin (2023) BYD Malaysia EV Kenderaan Elektrik (EV) SDM Sime Darby Motors (SDM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.