• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bukan SUV, Tapi Kompak dan Sedan Elektrik BYD Tiba-Tiba Muncul, Lancar 2023!

Bukan SUV, Tapi Kompak dan Sedan Elektrik BYD Tiba-Tiba Muncul, Lancar 2023!

December 8, 2022 By Shawkath 1 Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAIK saja tamat majlis pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik BYD Atto 3 di Bandar Malaysia, Sime Darby Motor membuat kejutan mempamerkan dua lagi model elektrik, iaitu kereta bandar BYD Dolphin dan sedan BYD Seal.

Kedua-dua model kenderaan elektrik (EV) itu dijangka memasuki pasaran Malaysia menjelang akhir 2023.

BACA >>> Sime Darby, BYD Meterai Perjanjian Edar Kenderaan Elektrik, Dua Model EV Baharu Akan Debut

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/12/BYD-DOLPHINE-dan-SEAL.mp4

 

BYD Dolphin dan BYD Seal mungkin tidak mengekalkan nama hidupan laut, sebaliknya menggunakan nama Atto 2 (Dolphin) dan Atto 4 (Seal).

BYD DOLPHIN

BYD Dolphin dengan kod nama EA1 pernah debut di Pameran Auto Shanghai pada April 2021 sebagai model subkompak pertama BYD berasaskan e-platform 3.0 dengan bateri BYD Blade Battery.

Menampilkan rekabentuk depan moden dan minimalis dengan anjur (overhang) pendek. Model ini ditawarkan dalam tiga varian berasaskan spesifikasi berikut:

byd-dolphin (6)
byd-dolphin (9)
BYD Dolphin - Bateri 30.7kWh dan Motor 70kW
  • Boleh dipandu hingga 301km berdasarkan rating Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Menggunakan pek bateri 30.7kWh BYD Blade Battery(LFP).
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum 150kmj.
  • Dilengkapi unit motor segerak magnet kekal menawarkan kuasa 94hp dan tork 180Nm dalam sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Pengecasan arus ulang alik (AC) pada kadar 7kW, dan jika menggunakan pengecas arus terus (DC), masa 30 minit diperlukan untuk kuasa bateri meningkat daripada 30 peratus kepada 80 peratus (40kW).
  • Dimensi panjang 4,070mm, lebar 1,770mm, tinggi 1,570mm, dan jarak roda 2,700mm. Berat keseluruhan 1,660kg.
BYD Dolphin - Bateri 44.9kWh dan Motor 70kW
  • Jarak pemanduan hingga 405km (NEDC).
  • Bateri 44.9kWh BYD Blade Battery(LFP).
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 3.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 150kmj.
  • Sistem pacuan FWD.
  • Dijana unit motor segerak magnet kekal berkuasa 94hp dan tork 180Nm
  • Pengecasan DC 30 peratus-80 peratus dalam masa 30 minit (60kW)
  • Dimensi panjang 4,125mm, lebar 1,770mm, tinggi 1,570mm, manakala jarak roda 2,700mm, dan berat keseluruhan 1,780kg.
BYD Dolphin - Bateri 44.9kWh dan Motor 130kW
  • Menawarkan pemanduan hingga 401km (NEDC).
  • Batari 44.9kWh BYD Blade Battery(LFP).
  • Pecutan 0-50kmj sepantas 3 saat.
  • Kelajuan maksimum 160kmj
  • Sistem pacuan FWD.
  • Dijana unit motor segerak magnet kekal berkuasa 174hp dan tork 290Nm
  • Kadar pengecasan sama seperti varian pertengahan (Dolphin - bateri 30.7kWh dan motor 70kW).
  • Dimensi panjang 4,150mm, lebar 1,770mm, tinggi 1,570mm, manakala jarak roda 2,700mm, dan berat keseluruhan 1,825kg.

BYD SEAL

Model sedan BYD Seal diumumkan sejak Mei lalu dan mula diedarkan di pasaran China sejak Ogos lalu. Sebelum kiriman dibuat, pengeluar itu sudah mencatat tempahan awal lebih 60,000 unit (sejak Mei 2020).

Ada empat varian dalam dua pilihan kapasiti bateri BYD Blade Battery dan dua jenis pacuan. BYD Seal ialah model pertama BYD yang menggunakan sistem struktur bateri CTB (cell-to-body). BYD Seal juga dianggap pencabar paling sengit untuk Tesla Model 3. Berikut perincian varian:

Standard Range Elite
  • Sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Jarak pemanduan hingga 550km ikut Kitaran Ujian Kenderaan Kerja Ringan China (CLTC).
  • Kapasiti bateri 61.4kWh.
  • Output kuasa 201hp dan pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat.
Standard Range Premium
  • Sistem pacuan RWD.
  • Jarak pemanduan, kapasiti bateri, dan hasil output adalah sama seperti varian Range Elite.
Long Range
  • Sistem pacuan RWD.
  • Jarak pemanduan hingga 700km.
  • Kapasiti bateri 82.5kWh dengan output kuasa 308hp.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.9 saat.
Long Range Performance
  • Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua unit motor elektrik.
  • Jarak pemanduan hingga 650km (CLTC).
  • Kapasiti bateri sama seperti varian Long Range.
  • Output kuasa 522hp dan pecutan 0-100kmj sepantas 3.8 saat.

BACA >>> SUV Elektrik BYD Atto 3 (2023) Masuk Malaysia! Pandu Hingga 480km, Harga Mula RM149k!
BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!
BACA >>> Ora Good Cat (2022) Masuk Malaysia November Ini, Anggaran Harga RM150k!
BACA >>> Bakal Prevé? Geely Binrui Cool (2022) Debut di China, Harga Anggaran RM52k!

BYD DOLPHIN
byd-dolphin (13)
byd-dolphin (5)
byd-dolphin (1)
byd-dolphin (10)
byd-dolphin-source-miit---miit.gov.cn (1)
byd-dolphin (4)
byd-dolphin (2)
byd-dolphin
byd-dolphin (11)
byd-dolphin (12)
byd-dolphin (9)
byd-dolphin (8)
byd-dolphin (7)
byd-dolphin (6)
byd-dolphin-source-miit---miit.gov.cn
BYD SEAL
byd-seal (7)
byd-seal
byd-seal (2)
byd-seal (5)
byd-seal (3)
byd-seal (4)
byd-seal (1)
byd-seal-battery (1)
byd-seal-battery
byd-seal (6)

 

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: BYD Atto 2, BYD Atto 4, BYD Dolphin, BYD Malaysia, BYD Seal, kereta hatchback elektrik, Kereta Sedan Elektrik, Roda4, Sime Darby Motor

Comments

  1. kereta perodua says

    December 16, 2022 at 12:45 AM

    design yang futuristik.. sesuai dengan zaman dimasa akan datang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev