• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sime Darby, BYD Meterai Perjanjian Edar Kenderaan Elektrik, Dua Model EV Baharu Akan Debut

Sime Darby, BYD Meterai Perjanjian Edar Kenderaan Elektrik, Dua Model EV Baharu Akan Debut

September 30, 2022 By Azhan O Leave a Comment

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Motors (SDM) Malaysia memeterai perjanjian pengedaran dengan pengeluar kenderaan tenaga baharu, BYD yang bakal menyaksikan kehadiran kenderaan elektrik (EV) BYD ke pasaran Malaysia dengan SDM sebagai pengedar.

Majlis menandatangani kerjasama perkongsian antara SDM Malaysia dan BYD itu dihadiri Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran SDM Malaysia, Jeffrey Gan, dan Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao.

BACA >>> BMW Malaysia dan Sime Darby Buka Kilang Pemasangan Enjin di Kulim, Kedah
BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Akan Lancar 7 Oktober Ini di Sepang

Upacara itu berlangsung Sime Darby Motor City di Ara Damansara dengan disaksikan Pengarah Urusan SDM, Andrew Basham dan Pengurus Besar Divisyen Jualan BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang. Menerusi perjanjian itu, SDM akan mengedar model ATTO 3 dan e6 baharu.

Basham berkata;

Seiring komitmen kami untuk menggalakkan pengguna EV dalam kalangan rakyat Malaysia, kami berbesar hati mengalukan BYD ke jenama kami yang bertaraf dunia, membolehkan kami meluaskan barisan model EV kami.

"BYD ialah pengeluar peneraju dunia dalam kenderaan tenaga baharu, dan perkongsian ini akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia menerusi pelbagai barisan model EV.

"Kolaborasi kami dengan BYD adalah salah satu cara Sime Darby Motors melangkah ke depan ke aras sasaran kami menjadi peneraju EV. Ini juga sejajar usaha Kerajaan Malaysia ke arah mobiliti karbon rendah."

Xueliang pula berkata;

Malaysia ialah pasaran utama peluasan  kami kerana terdapat peluang luas untuk ekosistem EV meningkat dan berkembang. Dengan rekod prestasi terbukti, dan kehadiran kukuh dalam sektor automotif di Asia Pasifik, kami harap dapat bekerjasama dengan Sime Darby Motors untuk memenuhi permintaan peningkatan EV Malaysia."

BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Artikel Berkaitan

161
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BYD, Roda4, SDM Malaysia, Sime Darby Motors Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my