Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan 3, Tapi 7 Kenderaan Dilanggar, Pemandu BMW Rupanya Sakit Mental!
Auto Terkini

Bukan 3, Tapi 7 Kenderaan Dilanggar, Pemandu BMW Rupanya Sakit Mental!

FarahBy Farah16/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU BMW yang tular di media sosial baru-baru ini bukan hanya melanggar tiga motosikal, tetapi tujuh kenderaan dan sudah ditahan polis Ahad lalu pada kira-kira jam 7.10 malam.

Hasil siasatan polis, suspek tiada lesen memandu dan disyaki mempunyai masalah mental. Dalam insiden jam 3.50 petang Ahad lalu, suspek didapati melanggar seorang penghantar makanan yang menunggang Yamaha LC135. Kemudian, dia turut melanggar sebuah Perodua Myvi, Mazda 8, dan Honda Jazz di Jalan Balakong menghala Seri Kembangan.

BACA>>> BMW Langgar Lari 3 Penunggang Berbeza dalam Masa Sejam?

Siasatan awal mendapati suspek berusia 36 tahun itu memandu BMW laju dan berbahaya sebelum melanggar semua kenderaan dari belakang yang menyebabkan mangsa bermotosikal terjatuh, dan cedera.

Bagaimanapun, ujian air kencing dan alkohol menunjukkan keputusan negatif, manakala semakan polis mendapati suspek memiliki kad rawatan mental dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini dihantar ke hospital itu untuk tindakan susulan.

Saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan, iaitu rakan suspek yang meminjamkan kereta tersebut kepadanya.

Selain apa ditularkan, suspek sebenarnya turut melanggar tiga kenderaan lain iaitu sebuah Perodua Bezza dan dua lagi motosikal sekitar jam 3.30 petang sebelum melarikan diri. Suspek dikatakan memandu dari Kuchai Lama menghala ke Taman Sungai Besi dan melanggar belakang sebuah Bezza yang berhenti di lampu isyarat di Jalan 6/108C di situ.

Dia kemudian memandu hingga Lebuhraya Besraya dan melanggar pula belakang sebuah motosikal jenis Kawasaki Vulcan yang bergerak di lorong kanan dan selepas itu melanggar belakang penunggang  Honda RS150R di lorong tengah lebuh raya itu.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Video pemandu BMW itu mula tular selepas dimuat naik pengguna Facebook, Muqri Abdul Jabar yang mendakwa sebuah BMW melanggar lari tiga motosikal, termasuk abangnya.

BACA>>> #TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal
BACA >>> Fasiliti Kelas Pertama, Mentaliti Dunia Ketiga, Lebuhraya Tertinggi Malaysia Penuh Sampah

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini bmw langgar tiga kenderaan kemalangan Pemandu BMW Langgar 7 Kenderaan pemandu bmw sakit mental Pemandu Sakit Mental Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Farah

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.