Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bugatti W16 Mistral – Bukan Sekadar Salinan Chiron, Tapi Model Jalanan Terakhir dengan Enjin W16
Roda4

Bugatti W16 Mistral – Bukan Sekadar Salinan Chiron, Tapi Model Jalanan Terakhir dengan Enjin W16

Abang HirataBy Abang Hirata19/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU gambaran tentang kereta dekad lalu adalah bagaimana pemandu dan penumpang menikmati udara dan cuaca tanpa terkurung dalam kabin.

Memakai kot, topi, bermisai tebal dan berkaca mata bulat. Antara jenama yang boleh diberi contoh ialah Bugatti dengan model roadster yang dikeluarkan antara pertengahan 20-an dan penghujung 30-an.

Model roadster Bugatti dikeluarkan dalam jumlah kecil yang menumpukan kesempurnaan seperti Type 40 A, Type 41 Roadster Esders, Type 55 Roadster dan Type 57 Roadster Grand Raid Gangloff (foto atas).

Pengguna masa kini (yang terpilih) dapat menikmati Veyron Grand Sport Vitesse yang diperkenal pada 2012. Sedekad kemudian Bugatti memperkenalkan pula W16 Mistral pada 2022.

Jika Veyron Grand Sport Vitesse membawa elemen klasik, W16 Mistral pula tampil futuristik dan agresif dengan lekukan membulat tajam.

W16 Mistral sebenarnya memegang sejarah penting kerana dipilih sebagai model jalanan Bugatti terakhir yang dikuasakan enjin W16.

Disebabkan itu dan beberapa lagi faktor lain, Buggati memberi tumpuan mendalam dan bukan sekadar pembangunan semula Chiron.

Enjin W16 menghasilkan 1,600ps dan bayangkan kuasa tersebut untuk sebuah kereta tanpa bumbung! Bukan setakat itu, kelajuan W16 Mistral mencecah 420kmj!

Bagi W16 Mistral, Bugatti melakukan semula kerja kejuruteraan, termasuk pembentukan bagi menghasilkan bentuk lebih membulat bagi mematuhi peraturan ketat perlanggaran.

Bugatti perlu menjadikan arkitektur W16 Mistral memiliki ketegaran tinggi dan seringan mungkin supaya dinamik pemanduan sama seperti Chiron.

Bugatti menggunakan bahan komposit ringan prestasi ultra-tinggi dan struktur rumit bagi meminimumkan berat dan pada masa sama meningkatkan ketegaran casis. Pendekatan itu turut diguna pada pintu W16 Mistral yang menjadi subjek tumpuan ketika pembangunan.

Pintu direka bagi menyerap sejumlah tenaga jika berlaku impak sisi supaya pemandu dan penumpang selamat dan terlindung.

Susulan rekabentuk luaran baharu, sistem ambilan udara canggih direka khas dengan sauk udara inovatif di belakang penyandar kepala direka menerusi ujian olengan.

Setiap sauk dibuat daripada struktur gentian karbon buatan khas yang mampu menyokong keseluruhan berat kereta jika terbalik. Bentangan salur udara tersebut turut memeriahkan lagi orkestra dimainkan enjin 8.0L W16.

Seperkara lagi, Bugatti memasang sistem bunyi bermutu tinggi yang dibangunkan khas untuk model ini. Bukan saja bunyi enjin, pemandu dan penumpang juga dapat menikmati mutu muzik bagus.

Hanya 99 unit W16 Mistral dikeluarkan dan penghantaran dijadual tahun ini. Ketika pengenalan pada 2022, semua W16 Mistral sudahpun habis ditempah. Harga diumumkan €5 juta (RM25.7 juta).

Bugatti Bugatti Mistral Bugatti W16 Mistral Kereta Sport Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.