Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bugatti Ambil Juara DTM, Bruno Spengler Sebagai Pemandu Rasmi Baharu!
Auto Terkini

Bugatti Ambil Juara DTM, Bruno Spengler Sebagai Pemandu Rasmi Baharu!

Abang HirataBy Abang Hirata04/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Bruno Spengler

PENCIPTAAN rekod oleh Bugatti memang tidak boleh disangkal. Siapakah individu yang memegang stereng Bugatti semasa mencipta rekod?

Pada Julai 2010, Pierre-Henri Raphane memandu Bugatti Veyron Super Sport pada kelajuan 431.072 kilometer sejam (km/j) seterusnya mencipta rekod dunia.

Pierre-Henri Raphanel

Beliau merupakan pemandu rasmi atau Bugatti Pilote Officiel dan berkhidmat hampir dua dekad. Bukan calang-calang, résumé beliau merangkumi pelumba 24 Jam Le Mans, Formula 3000, Formula 1, FIA GT dan GT Jepun.

Sejak mula bertugas pada 2005, beliau memainkan peranan penting dalam menunjukkan keupayaan model ikonik Bugatti seperti Veyron 16.4, Chiron dan beberapa lagi.

Mengimbas kenangan semasa pertama kali duduk di dalam Bugatti, beliau menghabiskan masa selama lapan jam di dalam kereta!

Menurut beliau, meskipun pernah memandu kereta lumba 1,000 kuasa kuda (hp), pengalaman di dalam Bugatti sesuatu yang sangat berbeza. Sepanjang berkhidmat beliau telah melakukan pandu uji sebanyak 11,000 kali.

Pierre-Henri Raphane memang bertuah, bayangkan seseorang perlu membayar jutaan ringgit namun sebaliknya buat beliau kerana dibayar untuk memandu sejumlah Bugatti.

Tugas beliau sudah sampai ke penghujung dan diambil alih seorang lagi pemandu handalan iaitu Bruno Spengler.

Pierre-Henri Raphanel
Bruno Spengler

Bugatti Pilote Officiel baharu dilahirkan di Perancis dan dibesarkan di Kanada. Beliau pemandu untuk Mercedes-Benz selama tujuh tahun di dalam Deutsche Tourenwagen Masters (DTM).

Beliau berhijrah ke BMW dan memainkan peranan penting di dalam kemunculan semula syarikat Jerman itu ke DTM.

Beliau berjaya menjulang kejuaraan DTM 2012 iaitu musim pertama mereka bersama dan sepanjang kareer sehingga 2019 berjaya memenangi 16 perlumbaan dan 50 podium.

Sebelum bersama BMW lagi beliau sudah menunjukkan taring dengan beberapa kali menduduki tempat kedua dan ketiga bersama Mercedes-Benz.

Selain DTM, beliau turut menunjukkan prestasi hebat di dalam perlumbaan endurans seperti 24 Jam Daytona dengan kedudukan tempat kedua, IMSA SportsCar dan SuperGT 2024 yang juga kali terakhir bersama jentera BMW.

Sebelum kerjaya di dalam DTM, beliau bersaing di dalam Formula 3 Euro. Sebagai pemandu rasmi baharu, beliau akan memainkan peranan utama di dalam mewakili Bugatti pada acara eksklusif dan berkongsi kemahiran kepada pelanggan di serata dunia.

Lahir pada 1983 dan tergolong di dalam Generasi Y, minat beliau pada Bugatti bermula dari permainan kad kereta.

Bruno Spengler:

Bruno Spengler

Pierre-Henri Raphanel:

Pierre-Henri Raphanel
Pierre-Henri Raphanel
Bruno Spengler Bugatti Pierre-Henri Raphanel
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.