Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Budak TikTok Persenda OKU Mohon Maaf, Tapi Repot Polis Tetap Dibuat
Auto Terkini

Budak TikTok Persenda OKU Mohon Maaf, Tapi Repot Polis Tetap Dibuat

FarahBy Farah09/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUDAK TikTok yang merakam video rakannya berlakon sebagai orang cacat untuk mendapatkan parkir khas orang kurang upaya (OKU) tampil memohon maaf, terutama kepada Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam akaun Tiktoknya, @iswanishak.

Dalam video 3 minit itu, pemilik akauan yang menggelarkan diri sebagai Dakyam itu menjelaskan video tersebut dibuat untuk ‘konten’ semata-mata, bertujuan menunjukkan realiti masyarakat yang menggunakan kemudahan khas OKU di Malaysia.

BACA >>> Berlakon Cacat Nak Dapat Parkir OKU di Mid Valley, Budak TikTok Kena Kecam

@iswanishakKepada rakyat malaysia dan golongan oku saya memohon maaf🙏🏻..matlamat video itu tersalah erti..silap nya dari saya .terima kasih kerana menegur saya♬ original sound – iswan ISHAK

Dalam penjelasan panjang lebar itu, Dakyam mengakui kesilapannya yang tidak habis bercerita dalam video tersebut hingga menimbulkan salah sangka netizen.

Video tentang parkir OKU jadi viral dan agak negatif. Saya nak jelaskan dan saya nak minta maaf terlebih dulu.

“Mungkin video itu saya tak habis cerita. Salah saya. Betul video itu adalah ‘konten’. Ajim kawan saya Sengau melakonkan balik apa yang kita nampak dalam realiti masyarakat. Jadi apa yang saya buat memang ada orang normal cuba jadi OKU untuk dapat parkir.

“Dalam video itu, kalau tengok itu bukan parkir OKU, itu parkir biasa sahaja. Jadi saya yang salah sebab di akhir video itu, saya tak cakap certain part yang tak boleh dilakukan,” ujarnya.

Tambah Dakyam, dia bukan mahu mempersendakan golongan OKU sebaliknya akaun TikToknya itu mengetengahkan nasib OKU. Permohonan maaf itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang ada yang menerima dan ada yang beranggapan dia hanya mahu mengejar populariti.

Dalam perkembangan lain, Senator Ras Adiba Radzi dilaporkan sudah membuat laporan polis pada jam 2 petang di Balai Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut Ahli Dewan Negara itu, dia sudah pun menerima pemohonan maaf dan memaafkan mereka, tetapi laporan polis itu perlu dibuat supaya golongan itu tidak sewenang-wenangnya dipersendakan seperti tiada harga.

BACA >>> Kena Langgar Pemandu ‘Stone’ Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel
BACA >>> Budak Perempuan OKU Maut Tertinggal dalam Van, Pemandu Ditahan

SUMBER: HMetro | TikTokIswanIshak

budak tiktok Datuk Ras Adiba Radzi parkir OKU ras adiba radzi Senator Datuk Ras Adiba Radzi TikTok Video Viral
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Aerotrain KLIA kembali operasi 1 Julai 2025
    Auto Terkini

    Sambungan KLIA Terminal 1, 2 Dijangka Bermula Tahun Ini

    07/04/2026
    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.