• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kena Langgar Pemandu 'Stone' Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel

Kena Langgar Pemandu 'Stone' Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel

December 8, 2021 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja melambung ke atas bumbung sebuah bengkel apabila motosikal ditunggangnya dirempuh Honda Civic EK dipercayai sedang khayal dadah di Jalan Kampung Permatang Piah, Pak Badol, Mahligai dekat Bachok, Kelantan, Selasa lalu.

Mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, mengalami cedera patah paha kiri dan tangan kiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

Dalam insiden jam 12 tengah hari itu, pemandu Civic itu cuba memotong sebuah Perodua Kancil dengan masuk ke lorong bertentangan sebelum merempuh mangsa.

Kemalangan itu turut membongkar aktiviti penyeludupan dadah apabila polis menemui heroin dan 102 pil bernilai RM3,020 pada pemandu Civic tersebut. Ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.

BACA>>> Cinta Ditolak Punya Pasal, Lelaki Bakar Kereta Gadis Pujaan

Suspek berusia 36 tahun dan beralamat di Selising, Pasir Puteh serta kini ditahan untuk siasatan berikutan kes kemalangan dan memiliki dadah. Semakan rekod polis juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

Mangsa dibantu pihak bomba dan penyelamat untuk diturunkan dari bumbung dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

BACA >>> Pemandu Serena Lupa Letak Nozel Minyak, Tukang Rakam yang Kena Kecam
BACA >>> Kecewa Cinta Ditolak, Lelaki Bakar Kereta Si Gadis

 

 

 

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dadah, Honda Civic EK, kemalangan, Metamfetamin, motosikal, pasir puteh, pemandu khayal, Stone Dadah, tercampak atas bumbung

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my