• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berlakon Cacat Nak Dapat Parkir OKU di Mid Valley, Budak TikTok Kena Kecam

Berlakon Cacat Nak Dapat Parkir OKU di Mid Valley, Budak TikTok Kena Kecam

December 9, 2021 By Farah Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN dua pemuda menggunakan parkir khas untuk meletakkan kenderaan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah mengundang marah golongan OKU, terutama Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Lebih mendukacitakan, salah seorang lelaki tersebut tergamak berlakon dan berpura-pura menjadi OKU demi mendapatkan kemudahan itu. Video 38 saat tersebut dimuat naik dalam akaun Tiktok @iswanishak yang kini tular di media sosial.

Pemilik akaun itu berkata, dia mengalami kesukaran mencari parkir di pusat beli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur, tetapi rakannya ada idea untuk mendapatkan parkir dengan mudah.

Ajim cakap nak dapat parkir, ada satu cara. betul-betul dapat parking! Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni.

"Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tengok kereta hitam aku ni betul-betul dapat parkir," katanya.

Isu tersebut sampai kepada pengetahuan Ras Adiba yang meluahkan rasa kesal dan marah apabila kemudahan golongan OKU diceroboh dengan melakonkan aksi seakan mempersendakan mereka.

Beliau juga dalam satu video menyelar sikap bidap dua pemuda itu yang dianggap kurang ajar dengan menggesa mereka memohon maaf kepada komuniti OKU.

Kalian semua telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

"Sudahlah (keadaan) kami susah, orang semua selalu memandang rendah terhadap kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami.

"Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempermain dan mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU."

Alahai, sudahlah menceroboh hak orang lain dan kemudian 'pandai' pula sebarkan di media sosial. Kalau sudah dikecam netizen, tahu pula 'koyak'.

Allah berikan kita akal dan hati untuk berfikir dan ada perasaan. Janganlah sesekali merendahkan nasib orang lain sebab kita pun tidak tahu apa nasib kita kelak.

BACA >>> Kena Langgar Pemandu 'Stone' Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel
BACA >>> Model Baharu Perodua Akan Datang Ada Apple CarPlay, Android Auto?

SUMBER: FB Group OKU Sentral

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: OKU, Orang Kurang Upaya (OKU), parkir OKU, ras adiba radzi, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
    Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
  • Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
    Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
  • Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
    Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
  • CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
    CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my