• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Baharu Perodua Akan Datang Ada Apple CarPlay, Android Auto?

Model Baharu Perodua Akan Datang Ada Apple CarPlay, Android Auto?

December 8, 2021 By AO Leave a Comment

632
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UNIT infotainment skrin sentuh kini menjadi ciri wajib ada pada sesebuah kereta baharu masa kini. BOleh dikatakan semua kereta baharu yang dilancar tahun ini dilengkapkan unit infotainmen.

Namun ada satu lagi ciri yang dimahukan pembeli Malaysia, iaitu aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay yang kedua-duanya masih tiada pada kereta nasional sama ada Proton atau Perodua.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA >>> Waze Kini Sudah Ada dalam Paparan Apple CarPlay

Proton menerusi X70 dan X50 menggunakan aplikasi konektiviti sendiri, iaitu QDLink dengan port USB, manakala Perodua menawarkan sistem multimedia Smart Link dengan port USB dan HDMI. Namun bukan itu dimahukan pembeli Malaysia kerana apa diminta ialah Apple CarPlay dan Android Auto untuk akses secara terus unit infotainmen dengan telefon pintar mereka.

Walaupun aplikasi sedia ada turut menawarkan fungsi lebih kurang sama, tetapi sudah tentu kehadiran Apple CarPlay dan Android Auto lebih menepati trend semasa yang terdapat pada model-model bukan nasional di pasaran tempatan.

Terbaharu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memberikan bayangan dua ciri konektiviti itu bakal dipasangkan pada model baharu Perodua akan datang yang mana pelancaran paling terdekat ialah Alza Serba Baharu.

Dalam sidang media bersama media tempatan di Johor Bahru, baru-baru ini, Zainal Abidin berkata;

Ramai pelanggan tanya (Apple CarPlay), Insya-Allah ciri ini akan dimasukkan dalam model baharu kami akan datang. Mungkin Alza baharu. Kita tengoklah macam mana nanti."

Wah, ini berita baik buat peminat Perodua semalaysia!

BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> 14,600 Unit Perodua Myvi (2022) Facelift Ditempah Sejak Lancar!

632
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Android Auto, Apple CarPlay, Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Perodua, Perodua Alza, Unit Infotainmen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my