Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Brunei Buka Tempahan Perodua Myvi Serba Baharu!
Auto Terkini

Brunei Buka Tempahan Perodua Myvi Serba Baharu!

Han OthmanBy Han Othman04/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR tunggal Perodua di Brunei, GHK Motors, mendedahkan Perodua Myvi baharu dan Myvi S-Edition yang lengkap dengan kit badan dalam pelancaran digital di negara jiran itu, semalam.

Myvi serba baharu ini tampil dengan empat eleman utama iaitu teknologi moden (Modern technology), rekabentuk muda (Youthful design), ruang versatil (Versatile space) dan keselamatan pintar (Intelligent space) yang setiap perkataan mula membentuk perkataan MYVI.

BACA >>> Perodua Myvi – Kereta Paling Laris Malaysia 2019!

TEKNOLOGI MODEN (Modern Technology)

Ciri teknologimoden diperkenalkan Myvi ialah enjin cekap tenaga (EEV) jenis 4-silinder 1.3L Dual VVT-i yang didatangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan untuk pemanduan lancar dan senyap.

Penjimatan minyak ditawarkan jugak menjadikan ia sebagai kenderaan yang sempurna untuk perjalanan jauh.

REKABENTUK MUDA (Youthful Design)

Myvi serba baharu ini menampilkan rekabentuk muda dan energetik menerusi rupa dinamik yang slik dan aerodinamik untuk prestasi lebih baik. Rim aloi 14 inci turut menyerlahkan imej sporty hatchback ini, dan begitu juga lampu utama LED, lampu follow me home, dan antena sirip jerung.

Selain itu, model aras mula ini juga direka untuk mudah dipandu pemandu semua peringkat usia. Ada tiga warna ditawarkan, iaitu Glittering Silver Metallic (perak), Lava Red Metallic (merah) dan Ivory White Metallic (putih).

RUANG VERSATL (Versatile Space)

Apabila memasuki ruang kabin, Myvi menawarkan pakej mesra pengguna dan relaks dengan 5-kerusi yang selesa untuk perjalanan jarak dekat dan jauh.

Penumpang depan dan belakang tidak akan rasa sempit dengan ruang kabin luas dan fleksibel yang boleh dikonfigurasikan mengikut kesesuian penggunaan, manakala ruang but menawarkan kapasiti 277 liter, cukup untuk muatan 4 beg bagasi..

KESELAMATAN PINTAR (Intelligent Safety)

Dari segi keselamatan, Perodua menawarkan ciri empat beg udara, sensor undur, Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dengan Agiuhan Brek Elektronik (EBD), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX dan tali keledar prategang.

Lagi, Myvi serba baharu ini turut dilengkapi dengan Kawalan Traksi (TRC), dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) untuk meningkatkan keselamatan pemanduan atas permukaan jalan licin. Model Perodua ini juga meraih rating 5-bintang dalan Asean NCAP.


BERBALOI DIMILIKI PEMANDU BAHARU, MUDA

Secara keseluruhan, Myvi ini menawarkan ciri keselamatan, praktikaliti, versatiliti, dan ruang kabin luas yang berbaloi dimiliki untuk pemandu muda dan baharu.

Setiap pembelian ditawarkan waranti tiga tahun atau perbatuan 100,000km (mana satu datang dulu). Pembeli Brunei boleh melihat model ini bilik pameran GHK di Sumbangsih Bahagia Building, Beribi untuk membuat pandu uji atau tempahan. Boleh juga ikut laman Instagram @perodua_brunei untuk kemas kini terbaharu.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

GALERI
Auto Terkini GHK Motors Perodua Perodua Myvi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.