Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bos Larang Staf Ferrari Beli Kereta Ferrari Baharu, Tempahan Banyak Sangat!
Auto Terkini

Bos Larang Staf Ferrari Beli Kereta Ferrari Baharu, Tempahan Banyak Sangat!

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN semua orang mengenali Enrico Galliera sebagai individu paling berpengaruh dalam Ferrari. Digelar sebagai Dr No oleh portal permotoran Drive, Galliera ialah Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari. Lebih utama, beliau ialah individu yang berkuasa menentukan sama ada anda layak membeli model-model Ferrari edisi terhad.

Galliera berkata;

Kami ada permintaan tinggi berbanding unit yang siap ada. Jadi, apa kami lakukan adalah mengenal pasti kriteria dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang baik.”

Menurutnya lagi, Ferrari turut sedia menawarkan model-model edisi terhad sebagai hadiah kepada pelanggan terbaik mereka.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Ferrari Enzo Rosso Dino dengan Kondisi ‘Serba Bergetah’, RM16 Juta Sahaja!

Bagi Galliera, bahagian paling sukar dalam kerjayanya adalah berkata tidak, tetapi itulah perkara asas yang perlu dilakukannya. Misalnya, Ferrari pernah memaklumkan kepada 200 pelanggan tentang LaFerrari Aperta menjelang debut model itu sambil bertanya sama ada semua pelanggang itu berminat membeli kereta yang tidak pernah dilihat mereka.

Hasilnya, maklum balas diterima sangat mengejutkan kerana setiap orang berkata ya!

SUKAR, TAPI PERLU JUGA KATAKAN ‘TIDAK’

Galliera turut mendedahkan menerima permohonan daripada individu yang ‘tidak layak’ memiliki Ferrari walaupun dia mungkin boleh menjadi raja. Katanya, individu seperti itu sangat mudah ditolak jika mereka bukan pelanggan Ferrari, tetapi lebih sukar berkata tidak kepada mereka yang sememangnya pelanggan yang baik.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli ‘Kautim’

Malah, Galliera turut mendedahkan bahawa pemandu Formula Satu (F1) Ferrari ialah satu-satunya ‘pekerja’ yang dibenarkan membeli model baharu jenama itu disebabkan pengeluaran edisi terhad dan masa menunggu lama bagi pelanggan mendapatkan kereta. Jadi, kurang elok jika model baharu itu diberikan kepada pekerja sendiri.

SUMBER: Drive.au

Enrico Galliera Ferrari Ketua Pegawai Komersil dan Pemasaran Ferrari
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.