Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk CBR250RR Hujung Tahun Ini?
Roda2

Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk CBR250RR Hujung Tahun Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ISU mengenai Honda CBR250RR ke Malaysia sudah lama kami siarkan sejak 2017 dan status sportbike suku liter itu ibarat main tarik tali.

Ramai peminat mengaku kecewa dan sakit hati kerana hanya mampu melihat negara jiran membawa masuk model tersebut. Selain jangkaan harga jualan yang agak keras, kami juga difahamkan antara punca utama CBR250RR tidak dibawa masuk adalah kerana tidak patuh Euro4.

Jadi memang payahlah Boon Siew Honda (BSH) selaku wakil pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia mahu membawa masuk model itu ke negara ini.

BACA >>> Honda CBR250RR Masuk Malaysia Tahun Depan – Harga Dijangka Lebih RM30,000

Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017

Kini ada khabar baharu kami terima selepas menonton video dari portal rakan media, Mekanika berjudul ‘7 Motosikal Bakal Masuk Malaysia Tahun 2020’ yang meletakkan CBR250RR di kedudukan ketiga.

Persoalannya, sejauh manakah kesahihan video tersebut atau sekadar spekulasi?

Memandangkan kita sudah terlalu lama menunggu, memang ada potensi CBR250RR dibawa masuk. Namun, jika mengambil kira pe’el BSH, segalanya masih 50:50. Namun,  berdasarkan sembang-sembang dengan wakil jualan motosikal Honda, model itu khabarnya diramalkan tiba pada penghujung tahun ini.

Ada kalangan wakil jualan bercerita tentang kedatangan model itu dan maklumat dikongsikan itu mungkin boleh dipercayai. Seperti mana kita tahu, wakil jualan biasanya akan tahu lebih awal sebelum sesebuah produk itu dilancarkan. Ini kerana mereka akan menjadi wakil pertama yang dipanggil untuk menghadiri program pembentangan khas mengendai produk baharu tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, kami masih belum nampak sebarang imej intip model itu sedang ditunggang uji di Malaysia. Jika benar model itu memasuki pasaran tempatan hujung tahun ini, adakah ia model facelift dengan tambahan kuasa 3hp?

Model facelift itu dilaporkan akan dilancarkan Julai depan dan jika BSH benar-benar membawa masuk model itu, ia memang berita gembira buat peminat Honda.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp

Boon Siew Honda (BSH) BSH Honda Honda CBR250RR Honda CBR250RR (2020) Facelift roda2 sportbike 250cc Suku Liter superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    4 Comments

    1. mat ras on 29/04/2020 14:54

      Asyik nk bwak laju, x kira tmpat… kes kemalangan maut melibatkan motosikal berkuasa tggi… Antara penyebab motosikal x dibenarkan msuk pasaran malaysia..

      Reply
    2. Jan on 30/04/2020 09:38

      ada betul jgk apa yg sedara kata tu. nak laju pun kena tengok keadaan.

      bercakap pasal cbr250rr ni, saya rasa kalau masuk harga 30k keatas, baik tunggu zx25r yg 4 silinder tu. itu pun rasa kurang berbaloi sebab dgn harga 30k boleh dapat motor dalam 400cc- 650cc dah.

      Reply
    3. Apis on 30/04/2020 10:20

      Boon siew nak bawa masuk cbk tu buat kajian dulu tak….. winner x bawa la masuk …..kajian dr tahun ni x cukup lagi ke nak bawa masuk model tu…..

      Reply
    4. Abgmus on 30/04/2020 17:15

      Kat indonesia dah lama masuk.. malaysia selalu ketinglan.harga pula terlalu mahal..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.