Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bomba Malaysia Cipta Peranti Pintas Frekuensi Radio untuk Maklum Kenderaan Depan
Auto Terkini

Bomba Malaysia Cipta Peranti Pintas Frekuensi Radio untuk Maklum Kenderaan Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu cabaran terpaksa ditempuh anggota pasukan penyelamat dan pihak berkuasa untuk tiba ke lokasi kecemasan dengan cepat adalah mengharungi trafik sesak.

Walaupun kenderaan sudah dilengkapi lampu beacon merah-biru dengan bunyi siren dan pembesar suara, mekanisme amaran atau makluman kecemasan itu kadangkala masih tidak cukup melancarkan perjalanan.

Masalah dihadapi itu mencetuskan satu ciptaan inovasi peranti dipanggil Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS).

APA ITU AFIS?

  • Menurut laporan Utusan Malaysia, peranti AFIS dicipta enam pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dengan modal RM822.
  • Sistem AFIS mampu memintas frekuensi radio kenderaan di depan untuk memaklumkan kepada pemandu lebih awal mengenai kehadiran jentera bomba, ambulans atau kereta peronda polis.
  • Jarak frekuensi pintasan radio AFIS ialah 200 meter dan boleh dipertingkat lebih jauh.

SIAPA DI SEBALIK CIPTAAN AFIS?

  • Terdiri daripada enam pegawai yang menggelarkan diri sebagai Alor Setar Troopers.
  • Diketuai Ketua BBP Jalan Raja, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah dan:
    • Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azizan Jusoh
    • PBK II Haidar Fathil
    • PBK II Haryady Mohd Ashikin
    • PBK II Mohd Daud Awang
    • PB Mohd Khairul Khuzaini Maula Abu Othman
  • Ciptaan AFIS itu membolehkan Alor Setar Troopers muncul pemenang utama Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023, sekali gus membawa pulang piala, sijil dan hadiah tunai RM1 juta.

APA KATA MEREKA?

Ahmad Naufal berkata;

Inovasi ini tercipta hasil pengalaman sendiri yang tersangkut dalam kesesakan menuju ke lokasi kemalangan atau kebakaran.

“Ada kala bunyi siren atau lampu beacon tidak sampai kepada kenderaan jauh di depan menyebabkan mereka tidak sedar kehadiran jentera.

“Melalui AFIS, agensi seperti bomba contohnya boleh memintas frekuensi radio kenderaan dalam jarak tertentu untuk memaklumkan kehadiran jentera di belakang supaya pengguna jalan raya dapat memberi laluan lebih pantas.

“Peranti ini amat berguna di bandar utama yang sesak. Penggunaan AFIS juga diyakini mampu membantu mengurangkan tempoh respon terhadap kes kecemasan seperti disasarkan sebelum ini, iaitu daripada 10 kepada lapan minit.”

NEGARA JIRAN BERMINAT

Laporan sama mendedahkan ada beberapa pihak sudah mencuba keberkesanan AFIS dan memberi maklum balas baik. Ahmad Naufal menambah;

Produk ini didaftarkan di Harta Intelek Malaysia (MyIPO), malah turut mendapat surat penghargaan Taman Teknologi Malaysia (TPM). Maklum balas diterima daripada agensi Kerajaan lain yang menguji AFIS turut positif.

“Kami juga pernah bawa peralatan ini kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan mereka juga amat berminat dengan AFIS.

“Jika kena cara, tidak mustahil ia boleh dikomersialkan dan diketengahkan hingga peringkat antarabangsa.”

SUMBER: UtusanMalaysia

Alor Setar Troopers Auto Terkini Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bomba Bomba Malaysia Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.